Mana ketaatan ultra kiasu?



Mana ketaatan ultra kiasu? Kenapa sebahagian besar ultra kiasu diam membisu dalam isu pencerobohan China terhadap ruang angkasa dan perairan kita? Ke manakah taat sumpah setia mereka, China atau Malaysia?

Sudah tiba masanya ultra kiasu berterus-terang, jika mereka benar-benar rakyat negara tercinta ini. Ultra kiasu perlu menyuarakan bantahan seperti mana suara orang Melayu terhadap tindakan China yang berkali-kali menceroboh ruang udara dan laut tanah air ini. Itulah satu bukti taat setia kepada tanah air tercinta. Jika tidak, jangan cakap banyak. Jangan hanya pandai berlakon.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang perlu dihormati oleh mana-mana negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Agak pelik apabila tanah air diceroboh dan digasak segala penjuru di Laut China Selatan oleh China tetapi tiada mana-mana pertubuhan Cina yang membantah sekeras-keranya tindakan tersebut. Masih segar lagi sejarah bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) yang didukung oleh China berjaya mengucar-ngacirkan negara ini sehingga berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Kita jangan alpa sejarah hitam darurat fasa pertama yang berlaku dari 1948 hingga 1960, kemudian disambung fasa kedua darurat menentang gerila komunis dari 1961 hingga 1990 sehinggalah PKM menyerah kalah. Berapa ramai warga tanah air ini terkorban akibat kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan disebabkan tidak mahu menerima pemerintahan komunis di negara ini?




Kita jangan alpa bagaimana PKM cuba menghancurkan kehidupan ribuan masyarakat Cina di negara ini yang menentang fahaman komunis. Mungkin ramai yang lupa sejarah berdarah Medan Tiananmen di China pada 1990. Begitu juga dengan gerakan prodemokrasi di Hong Kong pada 2020. Berapa ramai yang ditangkap dan dibunuh kerana menentang sebuah pemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan bersuara mengkritik kerajaan?

Ketika itu bukan main lagi ultra kiasu bersuara menentang tindakan kerajaan China terhadap apa yang berlaku di Hong Kong. Sanggup berdemo sana sini bagi menyuara suara mereka terhadap Hong Kong. Namun, bila tiba keadaan kita di sini, berlaku pencerobohan oleh China, ultra kiasu menjadi senyap sepi. Bersyukurlah wahai ultra kiasu.

Cuba bandingkan. Di tanah air ini, ultra kiasu masih boleh bersuara dengan sekeras-kerasnya tanpa kehilangan nyawa atau ahli keluarga. Tetapi nun jauh di sana, kehidupan dan kebebasan bersuara kamu pasti akan disekat dan dihukum jika melampaui batas pemerintahan kerajaan. Beruntunglah lahir di tanah air ini yang mana kamu mampu mendapat pendidikan sendiri dan hidup sebebas-bebasnya tanpa ada sekatan seperti nun jauh di sana.

Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

KOYAK

Di manakah lafaz taat kesetiaan kita kepada Malaysia sebagai warganya? Adalah tidak adil apabila kita berdiam diri melihat China melakukan pembulian ke atas tanah air ini tetapi tidak bersetuju ke atas mana-mana negara yang menceroboh dan membuli sesebuah negara lain berlaku. Adakah jawapannya ultra kiasu masih lagi setia kepada China dan bukan Malaysia?




Ultra kiasu perlu sedar, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dan bukannya berdasarkan sejarah dari mana kita berasal. Jangan jadi ‘koyak’ dengan mengharapkan China akan datang membantu kita jika penghormatan ke atas sempadan negara tanah air ini tidak dipatuhi. Jika China benar-benar menganggap ultra kiasu adalah sebahagian daripada sejarahnya, sepatutnya perlu menghormati kedaulatan perairan dan udara tanah air ini. Jika perkara sedemikian pun tidak dihormati bermakna ultra kiasu hanya dianggap perlu apabila memenuhi agenda kepentingan negara tersebut.

Jika benar ultra kiasu setia akan tanah air ini, maka perlu memahami budaya tanah air ini dan mempertahankannya walaupun ancaman tersebut datang dari China. Jangan sesekali mengulangi sejarah duri dalam daging. Adakah kehidupan di China lebih bebas dan dapat menjamin suara anda yang sentiasa melawan arus demokrasi?

Usahkan tidak bersetuju untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), nak tambah masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pun ditentang hebat. Jangan ceritalah pasal bersetuju untuk menerima budaya teras negara ini dengan asimilasi.

Adakah ini melambangkan kita sebagai warga yang bersyukur dengan pemberian yang dinikmati selama ini? Berapa ramai daripada ultra kiasu hari ini mampu bercakap dan berbahasa dalam bahasa Melayu daripada berbahasa Mandarin sehingga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terpaksa berkempen ke sana ke mari? Sedangkan bahasa Melayu, bahasa negara. Kita tidak perlu malu jika tidak mampu berbahasa Mandarin daripada berbahasa Melayu. Inikan tanah air kita.

Kenapa perlu agungkan sesuatu yang tidak nyata daripada mengagungkan tanah air ini yang telah memberikan kita kehidupan bersama? Agak melampau jika ultra kiasu sentiasa setiap masa tidak berpuas hati ke atas setiap tindakan kerajaan dan warga pribumi ini. Sedangkan kita mahu menjadi warga tanah air tetapi malu untuk berasimilasi dengan budaya warga tanah air. Inikah bangsa bermaruah yang masih menyokong sebuah negara pembuli walaupun mempunyai hubungan sejarah lampau?




Sedarlah, jika kamu masih mempunyai perasaan ini, kamu tidak layak menjadi warganegara tanah air ini. Ini kerana kamu tidak tahu menghargai apa yang telah dinikmati selama ini sebagai warga di negara berdaulat bernama Malaysia.

Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ialah pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah ialah pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Mana ketaatan ultra kiasu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular



Leave a Reply

Your email address will not be published.