Bella : Sekarang Dia Cuba Berubah [VIDEO]
BELLA : SEKARANG DIA CUBA BERUBAH
Nama Aliff Aziz sebelum ini reda dari kontroversi, namun terkini kembali hangat sekali lagi apabila baru-baru ini tular dua video pendek dimana ia memaparkan seorang lelaki mirip penyanyi dan pelakon itu melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas.
Perkara tersebut telah menjadi bualan ramai di laman media sosial sejak Sabtu lalu. Enggan berdiam diri, isteri kepada Aliff iaitu penyanyi dan pelakon Bellah Astillah tampil mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 27, bagaimanapun memberitahu bahawa video itu dirakam ketika suaminya masih jahil tentang agama.
“Video tu dah sangat lama yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu hati dia mungkin buta.
“Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia. Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff… Wallahualam,” kata Bella.
Sebelum ini, dua klip video yang berdurasi keseluruhan hampir dua minit yang memperlihatkan dengan jelas wajah penyanyi lagu ‘Sayang Sayang’ itu menunjukkan kemaluannya dimuat naik oleh seorang netizen sehingga menjadi perbualan hangat di laman Twitter.
Sehingga kini, video yang memperlihatkan Aliff tanpa seurat benang itu mendapat lebih 20,000 ribu tontonan, 600 ulang kicau (retweets) dan hampir 1,200 tanda suka.
Dalam pada itu, Bella yang juga seorang ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu dia dan keluarganya akan terus mendoakan yang terbaik dan memberi sokongan tanpa henti kepada suaminya.
“Bagi saya sekarang, perkara yang jauh lebih penting adalah saya dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia,” ujarnya.
Untuk makluman, Aliff kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu selepas dua tahun menetap bersama keluarganya di Singapura.
Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.
Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.
BELLA : SEKARANG DIA CUBA BERUBAH
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
https://mykmu.net/2021/06/29/bella-pertahankan-isu-video-lucah-aliff/