Perogol yang dipenjara 1050 tahun kerana rogol anak mahu ketepi sabitan

Perogol yang dipenjara 1050 tahun kerana rogol anak mahu ketepi sabitan. Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara selama 1,050 tahun kerana merogol anak tirinya berusia 12 tahun kini berusaha untuk mengetepikan sabitan berkenaan, kata peguamnya.

KA Ramu memberitahu FMT, penganggur itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkenaan dengan bantuan pihak berkuasa penjara Kajang walaupun dia telah mengaku bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Klang pada Januari.

Bagaimanapun, tiada tarikh pendengaran rayuan ditetapkan kerana Mahkamah Tinggi masih menunggu hakim perbicaraan, M Kunasundary, untuk mengemukakan alasan penghakimannya.

“Kami akan memfailkan petisyen rayuan bahawa hakim telah silap sebaik penghakiman tersedia,” kata Ramu, yang dilantik untuk mewakili lelaki berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan untuk semakan kes lelaki berkenaan di Mahkamah Tinggi selepas tempoh hukuman penjaranya yang dikatakan melampau mendapat liputan meluas.

Ramu, yang mengendalikan kes berkenaan secara pro bono, menarik balik permohonannya selepas lelaki berkenaan memfailkan rayuan dari penjara.

Peguam itu berkata, beliau memfailkan semakan, bukan rayuan kerana tidak mendapat arahan daripada tertuduh, yang ketika itu tidak diwakili peguam.

Dia kemudian melantik Ramu untuk mewakilinya ketika dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan semula semakan pada Februari.

Pada 27 Jan, Kunasundary menjatuhkan hukuman penjara tersebut dan 24 sebatan ke atas penganggur itu kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur sebanyak 105 kali dalam masa dua tahun.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dengan hukuman dijalankan secara berturut-turut dari tarikh tertuduh ditahan pada 20 Jan.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah kediaman di Sungai Way, Petaling, Selangor, dari 5 Jan 2018 hingga 24 Feb 2020.

Seksyen 376B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Seorang peguam kanan, N Sivananathan sebelum ini menyifatkan hukuman tersebut sebagai “tidak masuk akal” kerana ia dikira sebagai hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak pernah melihat hukuman tahanan yang begitu lama kerana hayat pesalah tidak cukup panjang untuk menyempurnakan tempoh hukuman tersebut, katanya.

Perogol yang dipenjara 1050 tahun kerana rogol anak mahu ketepi sabitan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Berdoa bukan angkat bendera putih – Nik Abduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker