Sentiasa berdoa diperbaharui iman

1. DALAM sebuah hadis, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan kepada kita bahawa iman adalah seperti sehelai baju. Ia boleh lusuh dan luntur. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَخْلَقُ فِي جَوْفِ أَحَدِكُمْ كَمَا يَخْلَقُ الثَّوْبُ، فَاسْأَلُوا اللهَ أَنْ يُجَدِّدَ الْإِيمَانَ فِي قُلُوبِكُمْ

“Sesungguhnya iman itu dijadikan di dalam rongga kamu sepertimana dijadikan pakaian. Maka mohonlah kepada Allah agar iman sentiasa diperbaharui dalam hati kamu. (HR al-Tabrani)

2. Oleh yang demikian, Rasulullah ﷺ menggalakkan kepada kita agar sentiasa berdoa supaya iman kita sentiasa diperbaharui oleh Allah. Oleh itu tidak hairanlah apabila Saidina Anas menyatakan, antara doa yang paling banyak di baca oleh Rasulullah ﷺ adalah doa agar ditetapkan hati dan keimanan atas agama ini. Kata Anas:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: (يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ)

“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ banyak mengucapkan doa: Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qalbi Ala Dinika.”(HR al-Tirmizi)

3. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita di jalan Allah. Mohon kepada Allah agar sentiasa memperbaharui iman kita dengan doa ini:

اَللّهُمّ جَدِّدْ الإِيْمَان فِيْ قَلْبِي

“Ya Allah, perbaharuilah iman dalam hatiku.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Sentiasa berdoa diperbaharui iman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan Peguam Negara Tidak Beradab, Perlu Dipecat – Majlis Presiden PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker