Safiey Bagi Kata-Kata Semangat: “I Felt You Sajat Sayang, Sabar Tau”

Semua mengetahui mengenai perkara yang berlaku kepada usahawan kosmetik, Sajat yang sebelum ini tular di media sosial. Dek kerana itu, Sajat menerusi akaun Instagram miliknya, @nursajat23 telah tampil membuka mulut. Pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi terhadap sebuah video yang dimuat naik Sajat.

Melihat pada ruangan komen video yang sudah pun ditonton lebih sejuta kali itu, warganet memberikan pandangan masing-masing dan turut menitipkan nasihat serta ucapan buat pemilik NurSajat Gold itu.

Rakan usahawan, Safiey Illias misalnya dilihat turut meninggalkan komen, meminta agar Sajat bersabar dan terus kuat demi orang tersayang. Safiey memberi reaksi tersebut menerusi dua entri komen berbeza.

Klik untuk gambar besar

“Sabar sayang. – “I felt you Sajat Sayang. Sabar tau. Kuat demi ayah mak dan anak-anak ok?” respon Safiey yang turut mendapat perhatian daripada pengggna Instagram lainnya.

Selain Safiey, pelakon Betty Rahmad turut mendoakan yang baik-baik buat Sajat seisi keluarga: “Ya Allah saya doakan yang baik-baik untuk Sajat & keluarga,” katanya.

Di dalam video berdurasi kurang 40 minit itu, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman antara lain menceritakan situasi sebenar yang menyebabkan dirinya digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 6 Januari lalu sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

Pada masa sama, Sajat turut mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah hadir bagi memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS. Siasatan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 lalu terhadapnya.

Dalam pada itu, Sajat turut membuat beberapa menerusi Insta Stories sejak semalam dan dalam beberapa kenyataan dimuat naik, Sajat seolah-olah menyatakan rasa kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.

 

SAFIEY ILLIAS: “Saya mengaku bersalah… HARAP JADI PENGAJARAN”

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker