Penduduk PPR dalam kesempitan melampau

Penduduk PPR dalam kesempitan melampau

Tiada duit, tiada makanan’, NGO dedah keadaan penduduk PPR dalam kesempitan

Hilang punca pendapatan, tiada wang dan makanan, demikian realiti yang sedang dihadapi sebilangan besar penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

Menurut seorang pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), WeListenMY, Hamira Izzatie Sabarin, pihaknya mendapat aduan daripada ketua penduduk PPR itu yang mengadu sebilangan besar penghuni telah hilang punca pendapatan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

“Ada ketua penduduk PPR kawasan KL hubungi dan maklum yang dari 1800 penduduk PPR itu hampir 1000 keluarga hilang punca pendapatan akibat PKP 3.0.

“Sebab semua bergaji harian..tercengang sekejap dengar. Tak ada duit, tak ada makanan..Macam mana mereka bertahan?,” katanya di catatan Twitter yang tular itu.

Hamira ketika dihubungi FMT berkata, selain masalah dana, antara isu yang dibimbangi adalah untuk memastikan tiada keluarga yang berlapar dan berada dalam tekanan susulan kesempitan hidup.

“Memang kami tak cukup dana nak bantu semua, tapi selagi mampu, kami akan tolong…ini baru satu PPR. Berapa banyak PPR yang kita ada?” katanya.

Tambahnya lagi, selain NGO, masyarakat sekeliling juga perlu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti kes bunuh diri yang berpunca daripada tekanan hidup.

“NGO semua kena bersepakat dan bersatu untuk menolong apa yang kita mampu. Kita semua kena main peranan..kena telefon sesama kita untuk pastikan tiada rakan atau jiran yang terkesan mengakibatkan mereka pilih jalan singkat,” katanya.

Hamira berharap agar kerajaan menyegerakan bantuan yang dijanjikan sekiranya tidak mahu keadaan rakyat bertambah parah.

Menurut laporan berpanjangan “Families on the Edge” yang dikeluarkan oleh UNICEF Malaysia, kadar kemiskinan isi rumah di flat kos rendah di Kuala Lumpur telah meningkat 3% dari 42% pada Disember 2020 kepada 45% pada Mac 2021.

Keadaan lebih parah buat isi rumah yang diketuai oleh wanita dan orang kurang upaya. Kadar kemiskinan di dalam kumpulan ini masing-masing berada di paras 62% dan 55%.

Sesebuah isi rumah itu dianggap berada di dalam kategori miskin apabila pendapatan bulanan isi rumah tersebut berada di bawah garis pendapatan kemiskinan iaitu RM2,216 sebulan. FMT

Penduduk PPR dalam kesempitan melampau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki parah ditetak rakan sebilik kerana bising

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker