Feri penumpang Langkawi tenggelam



Feri penumpang Langkawi tenggelam

LANGKAWI – Sebuah feri penumpang Ekspres Bahagia III yang berlabuh di perairan Kuah di sini tenggelam semalam.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd. Hafiz Abdul Majid berkata, feri tersebut disedari tenggelam oleh penduduk pada pukul 10 malam tadi.

Menurutnya, difahamkan feri terbabit sudah tidak beroperasi membawa penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Perlis sejak enam tahun lalu.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.




Mohd. Hafiz berkata, feri tersebut diperiksa tiga hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Tambahnya, nilai kerugian dan punca feri itu tenggelam masih dalam siasatan.

“Pihak JLM juga telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi mencari punca kejadian,” ujarnya.

Rakaman video selama satu minit 11 saat mengenai kejadian feri tersebut tenggelam tular di media sosial sejurus selepas kejadian. K Online

Pengarah Urusan JMV Ferry Service, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata, insiden itu disedari berlaku kira-kira pukul 9.30 malam tadi oleh pekerja syarikat tersebut.




Feri itu tenggelam sepenuhnya pukul 7.30 pagi tadi, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, feri tersebut yang boleh memuatkan sehingga 90 penumpang dihantar untuk penyenggaraan selepas berlaku kebocoran pada bahagian ekzos.

Kerugian ditaksir lebih RM1 juta.

Difahamkan usaha menaikkan feri seberat 25 tan dengan panjang lebih 20 meter itu sedang dijalankan menggunakan kren.

Sementara itu tinjauan di tempat kejadian mendapati, anggota Jabatan Laut sedang mengawal tumpahan minyak dari feri tersebut.




Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mohamad Sayuti Sapie berkata, pihaknya telah mengambil sampel tumpahan minyak di kawasan kejadian.

“Kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut untuk memantau keadaan kawasan itu,” katanya.

Feri penumpang Langkawi tenggelam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Nourul nak lelong cincin nikah



Leave a Reply

Your email address will not be published.