Politiking yang tidak berkesudahan ‘membunuh’ negara ini

 

Politiking yang tidak berkesudahan ‘membunuh’ negara ini. Rafidah Aziz mengkritik apa yang disifatkannya sebagai ketidaktentuan, keadaan tidak keruan dan putus harapan sekitar cara kerajaan berdepan dengan wabak Covid-19.

Bekas menteri itu berkata, negarawan sebenar memikirkan masa depan generasi akan datang dan bukannya pilihan raya yang seterusnya.

“Saya tidak ingin bercakap tentang apa yang kerajaan perlu lakukan untuk menangani wabak dan vaksinasi kepada rakyat, tetapi tolong lakukannya dengan cara yang berkesan dan koheren.

“Janganlah setiap hari tiba-tiba ‘abah, kakak atau adik’ buat pengumuman tentang vaksinasi untuk kumpulan yang berbeza,”

Katanya, kerajaan perlu mempunyai perancangan yang konkrit berhubung vaksinasi setiap sektor masyarakat, bukannya menggunakan pendekatan ad hoc.

Rafidah berkata sektor seperti kilang, rumah warga emas dan sekolah perlu diberi keutamaan.

“Beri vaksin kepada pekerja supaya mereka boleh terus beroperasi dan memenuhi kehendak pasaran – tanggungjawab terletak kepada pengurusan kilang untuk memastikan setiap pekerja divaksin.”

Dia juga membidas tindakan kerajaan yang sering membuat pengumuman berkenaan kawalan pergerakan di saat akhir.

“Banyak pihak, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perniagaan dan orang yang bekerja sendiri perlu membuat perancangan berkenaan operasi dan pelaburan,” katanya.

Dia juga mengulas berkenaan sasaran peralihan ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara, iaitu selepas bilangan kes baru harian kurang daripada 4,000.

“Kadar jangkitan sentiasa berubah dan tidak tetap, jadi adakah sekatan pergerakan akan berdasarkan jika (kadar) kes (baru) sebanyak 4,000, 3,099 atau 4,003 kes?”

Katanya lagi, perniagaan bukan mahukan bantuan yang bersifat sementara tetapi kebebasan untuk beroperasi.

Justeru, dia mencadangkan kerajaan mewujudkan kawasan perniagaan serta permit khas untuk beroperasi.

“Kenal pasti kategori perniagaan mana yang boleh dibenarkan beroperasi dengan kawalan keselamatan yang dikuat kuasa dengan baik.

“Amat penting untuk tidak membiarkan dasar yang tidak koheren serta politiking yang tidak berkesudahan ‘membunuh’ negara ini,” katanya.

“Ingat, jangan fikirkan pilihan raya akan datang, tetapi fikirkan generasi akan datang. (Fikirkan) mereka yang telah kehilangan setahun peluang, pendidikan dan peningkatan kemahiran,” katanya lagi.

Politiking yang tidak berkesudahan ‘membunuh’ negara ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Elak dicerai isteri, buat laporan polis palsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker