PKP hampir sebulan, baru kerajaan akan umum


PKP hampir sebulan, baru kerajaan akan umum

Zafrul: Morotarium bank, pengeluaran KWSP diumum dalam masa terdekat

Pengumuman mengenai moratorium pinjaman, dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar akan dibuat tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Perkembangan itu hadir ketika sekatan penuh Fasa 1 dijangka akan dilanjutkan memandangkan kriteria sasaran untuk peralihan ke Fasa 2 belum dicapai.

“Saya sudah berbincang dengan perdana menteri dan agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya di Facebook mengenai isu moratorium dan i-Sinar.

Menteri yang bertanggungjawab dengan program vaksinasi negara Khairy Jamaluddin sebelum ini turut mengatakan hal serupa bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan lebih banyak bantuan ekonomi.

Ketika sekatan penuh Fasa 1 berkuat kuasa pada 1 Jun, kerajaan memberikan moratorium pinjaman tiga bulan kepada B40 dan sesiapa sahaja yang kehilangan pekerjaan.

Pengkritik mengatakan bahawa bantuan itu seharusnya diperluas ke golongan M40.

Sementara itu, kemudahan i-Sinar awal tahun ini membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 mereka.

Sekatan penuh Fasa 1 dijadual tamat pada hari Isnin.

Bagaimanapun, kriteria peralihan ke Fasa 2 belum dicapai.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah apabila kes Covid-19 harian berada di bawah 4,000, kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”, dan 10 peratus populasi sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Fasa 2 dilihat tidak banyak berbeza dengan Fasa 1, namun sedikit kelonggaran pada sekatan aktiviti perniagaan. Perniagaan yang dibenarkan beroperasi boleh melakukannya dengan 80 peratus tenaga kerja mereka.

Walau bagaimanapun, sektor sosial akan tetap ditutup.

PKP hampir sebulan, baru kerajaan akan umum


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker