Belanjawan Kementerian Kerja Raya dilulus

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said sebentar tadi.

Pengulungan dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan seramai sembilan ahli Parlimen mengambil bahagian perbahasan RUU terbabit.

RUU itu diputuskan dengan sokongan majoriti ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagian.

Kementerian Kerja Raya (KKR) secara keseluruhan menerima peruntukan kira-kira RM7.3 bilion dalam Belanjawan 2021, membabitkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.26 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM6.09 bilion.-SM

Nampaknya pembangkang setakat ini tidak mampu menghalang mana-mana kemwnterian dalam meluluskan belanjawan mereka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker