12 maut selepas Taufan Claudette badai Amerika Syarikat

 

12 maut selepas Taufan Claudette badai Amerika Syarikat.  Ribut Tropika Claudette meragut 12 nyawa di Alabama ketika membadai tenggara Amerika Syarikat (AS) semalam, menyebabkan banjir kilat dan mencetuskan beberapa puting beliung yang menghancurkan puluhan rumah penduduk.

Seramai 10 orang termasuk sembilan kanak-kanak merupakan antara yang maut dalam kemalangan melibatkan sejumlah kenderaan, kira-kira 55 kilometer ke selatan Montgomery.

Menurut pegawai koroner, Wayne Garlock, kemalangan itu dipercayai berlaku akibat jalan raya yang basah dan licin susulan hujan lebat yang dibawa Claudette.

Katanya, lapan kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun terbunuh dalam sebuah van badan kebajikan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Persatuan Sherif Alabama.

“Dua lagi maut dalam kenderaan berasingan dan beberapa orang lagi turut cedera akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Selain itu, seorang lelaki berusia 24 tahun dan kanak-kanak tiga tahun terbunuh apabila sebatang pokok tumbang atas rumah mereka di bandar Tuscaloosa.

Sementara itu, banjir melanda beberapa kawasan termasuk utara Georgia, South Carolina, kawasan pantai North Carolina, tenggara Alabama dan Florida Pandhandle. – AP

12 maut selepas Taufan Claudette badai Amerika Syarikat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker