Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa

Sebaran :

Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa. Najib Razak menempelak Muhyiddin Yassin berhubung penubuhan jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Katanya, tindakan Muhyiddin seolah-olah ini kali pertama Parlimen akan bersidang, sedangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Seolah-olah ini adalah kali pertama Parlimen akan bersidang. YDP Agong dan Raja-Raja titah untuk Parlimen bersidang secepat mungkin,” katanya di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin sepatutnya menurut titah Agong dan Raja-Raja Melayu untuk membuka Parlimen bukannya membentuk jawatankuasa.

Menurutnya, tiada keperluan untuk mengkaji pembukaan Parlimen lagi, katanya apa yang seharusnya dilakukan oleh Perdana Menteri adalah segera mengusul persidangan kepada Speaker Dewan Rakyat.

“YDP Agong dan Raja-Raja tak titah untuk kamu bentuk jawatankuasa untuk kaji bagaimana Parlimen boleh bersidang.

“Tak perlu kaji lagi. Saya beri solusi, hantar notis kepada Speaker untuk suruh Parlimen bersidang…Bersidang. Habis.” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata sebuah jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang sudah dibentuk untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

Najib Bidas Muhyiddin Laksana Titah Tuanku Bukan Bentuk Jawatankuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Vaksinasi lembab kegagalan terbesar PN, kata Anwar


Sebaran :

Leave a Reply