Kita dalam Krisis Perlembagaan?

 

Kita dalam Krisis Perlembagaan? Naib Pengerusi DAP Pe­rak, Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa negara kini dilanda krisis Perlembagaan apabila Yang di-Pertuan Agong menetapkan tarikh persidangan Parlimen tanpa mengikut nasihat perdana menteri.

Menurutnya, sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993, Majlis Raja-raja juga mengadakan mesyuarat khas seperti pada Rabu lalu dan perkara itu sangat jarang berlaku.



Menurutnya, selepas persidangan Rabu lalu, apa yang ganjil ialah ada dua kenyataan dikeluarkan iaitu satu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan satu lagi daripada Majlis Raja-raja.

“Sebenarnya sekarang sudah krisis, minta orang-orang ini (penganalisis yang kata tiada krisis Perlembagaan) tengok kamus. Kalau bukan krisis, apa lagi?

“Ini fakta, bukan panda­ngan atau pendapat. Krisis Perlembagaan bermaksud bahawa peruntukan yang ada ditafsir dengan pelbagai sudut, cara dan proses atau rutin biasa tiba-tiba tersekat.

“Dengan kata lain, apa yang berlaku sudah jelas atau diambil mudah, tiba-tiba jadi kaku, maka keadaan itu dikatakan sebagai krisis.



“Orang tadi (penganalisis) tak nampak atau tak tahu makna krisis. Ibarat seorang manusia tiba-tiba dia tersungkur dan tak boleh bernafas, tak boleh bercakap, krisis lah tu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Abdul Aziz berkata, hakikat itu bukan bertujuan memburuk-burukkan keadaan atau hendak memberi orang kelam-kabut tetapi merupakan pemakluman kepada rakyat yang sistem kita tersumbat dan tidak berjalan sebagaimana biasa.

“Kalau semua okey dan tak ada krisis, kenapa raja-raja buang masa datang jauh-jauh. Kita mengaku ada krisis sebab kita mahu jujur kepada rakyat supaya mereka turut sama menyumbang untuk selesaikan masalah ini, bukan sapu ke bawah tikar,” katanya. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


 

Treler rempuh kereta, kedai, seorang dikhuatiri maut




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker