Treler rempuh kereta, kedai, seorang dikhuatiri maut


Treler rempuh kereta, kedai, seorang dikhuatiri maut

Seorang dipercayai maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler yang terbabas lalu merempuh sebuah kereta dan kedai di Jalan Ipoh-Lumut, Perak, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Operasi Gerakan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi itu, treler dari arah Lumut menuju ke Ipoh dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Persona dan kedai.

Difahamkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.28 pagi.



“Sebaik tiba kita mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler, setakat ini terdapat dua mangsa dalam kereta tersebut.

“Kita terpaksa menggunakan khidmat sebuah kren untuk menarik treler berkenaan. Operasi menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan ketika ini,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian serta keadaan mangsa akan dikemaskini. FMT

Treler rempuh kereta, kedai, seorang dikhuatiri maut




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa tenat, Ebit Lew masih belum pulang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker