Dakwaan azan Subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis
Dakwaan azan Subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli membuat laporan polis berhubung laungan azan Subuh yang didakwa mengganggu waktu tidur penduduk bukan Islam di sebuah perumahan di Puncak Alam di sini.
Mohd Shaid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengerusi surau perumahan berkenaan pada Sabtu berkenaan tindakan seorang ahli jawatankuasa perumahan itu memasuki surau tanpa kebenaran.
Menurutnya, dengan berseluar pendek, lelaki bukan Islam itu memberikan alasan masuk ke surau untuk membuat pemeriksaan kelantangan pembesar suara yang digunakan.
“Lelaki berkenaan memaklumkan menerima aduan daripada penduduk bukan beragama Islam yang laungan azan Subuh tersebut mengganggu waktu tidur mereka.
“Ini merupakan aduan berterusan yang saya terima daripada jawatankuasa perumahan berkenaan,” katanya menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Saujana Utama pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya telah beberapa kali memberikan peringatan kepada penduduk perumahan berkenaan dan di warga Jeram berhubung isu laungan azan tersebut di Facebooknya.
“Saya sertakan juga titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mana di negeri Selangor ini tidak boleh menghalang untuk melaungkan azan.
“Saya merasakan mereka mencabar titah tuanku dan mereka wajar diambil tindakan mengikut lunas undang-undang untuk memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Dakwaan azan Subuh ganggu tidur, ADUN buat laporan polis
Baca Artikel Menarik :
- Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?
- DAP kebulur nak elaun Parlimen Hibrib ke?
- Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri
- Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
- Resepi Kuih Lompat Tikam
- Resepi Udang Masak Merah Madu
Layari Laman Facebook MYKMU
Baju tidur seksi, Syatilla Melvin kena kecam
You must be logged in to post a comment.