Resepi Siakap Stim Asam Boi


Resepi Siakap Stim Asam Boi

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam masakan ikan dan tak pasti dari mana asal resepi. Asam boi memberikan rasa masam dan manis pada kuah ikan siakap yang di stim. Kita gunakan asam boi putih. Rasanya sangat sedap! Cubalah.

Sebelum ini kita dah cuba siakap stim taucu, sekarang cuba yang lain dari yang lain pula. Baru tak jemu bila makan.

Bahan-Bahan:

1 ekor siakap, bersihkan
5 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kimau nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato, potong 4
4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Penyediaan:

Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.

Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.

Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.

Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.

Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.

Resepi Che Nom

Resepi Siakap Stim Asam Boi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi sup kambing berempah sedap sungguh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker