Pemuda PH mahu lapor polis berkait kenyataan Takiyuddin


Pemuda PH mahu lapor polis berkait kenyataan Takiyuddin

Pemuda Pakatan Harapan (PH) mahu membuat laporan polis berkait kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung titah Yang di-Pertuan Agong mengenai sidang Parlimen.

Ketua Pemuda Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda PH mahu polis menyiasat kenyataan Takiyuddin ketika mengulas pandangan Agong.

“Pemuda PH akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini,” katanya di Twitter.



Semalam Takiyuddin membayangkan masanya “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Katanya, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan, namun perdana menteri sudah mengumumkan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.

Sebelum ini Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. FMT

Pemuda PH mahu lapor polis berkait kenyataan Takiyuddin




Layari Laman Facebook MYKMU NET


Speaker kata PM berkuasa tetap tarikh parlimen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker