Resepi Kek Pandan Gula Melaka


Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Meringue Buttercream. Gabungan yang perfect sangat dan resepi kali ini kita cuba tunjuk dengan details sebaik mungkin dengan knowledge yang tak seberapa ini, supaya anda dapat hasikan kek Pandan Gula Melaka ini dengan success. Texture kek ini sangat lembut dengan rasa jus pandan sebenar, digabung pulak dengan sos/sirap gula melaka yang sedap sangat rasanya, ala-ala butterscotch sauce tapi kita buat versi gula melaka.

Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Masa Penyediaan: 45-50 minit,
Masa Memasak:40 minit,
Jumlah Hidangan:loyang 9 inci x 9 inci

NOTA
Loyang : 9x9inci atau 8×8 inci
Suhu : Oven Che Nom suhu 160C, boleh adjust ke 170C atau 180C ikut oven masing-masing



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kek pandan:

3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
250g salted butter
160g gula kastor
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanila
300g tepung naik sendiri/self raising flour
75g santan kotak
100ml jus pandan
– 1 sudu kecil pandan emulco
beberapa titik pewarna hijau
Bahan-bahan untuk sos/sirap gula melaka:
cawan air
100g gula melaka
cawan santan
sudu kecil garam
1 helai daun pandan
sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
Bahan-bahan untuk Swiss Meringue Buttercream:
4 biji telur putih (telur saiz A)
120g gula kastor
370g salted butter
1 sudu kecil esen vanila
2-3 sudu besar sos/sirap gula melaka

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk Kek Pandan:

Kisar halus daun pandan bersama air, lalu tapis.
Ayak tepung naik sendiri.
Didalam bekas lain untuk adunan basah, masukkan santan, air pandan, pandan emulco dan beberapa titik pewarna hijau lalu gaul kesemuanya.
Putar mentega bersama gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang putih dan menjadi kuning pucat.
Sambung putar dengan memasukkan telur kedalam adunan sebiji demi sebiji, esen vanilla serta tepung naik sendiri berselang-seli dengan adunan basah.
Sesudah adunan menjadi sebati, masukkan kedalam loyang yang sudah di griskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas baking.
Ratakan adunan kek didalam loyang.
Bakar pada suhu 160, selama 25-30 minit
Selepas sudah masak, sejukkan kek seketika.

Cara-cara untuk sos/sirap gula melaka:

Panaskan air lalu masak gula melaka dan daun pandan sehingga gula larut.
Masukkan santan kotak, bancuhan tepung jagung, dan sedikit garam lalu gaul sehingga kesemua bahan larut sekata.
Tapis bahan.



Cara-cara untuk Swiss Meringue Buttercream

Asingkan putih telur.
Panaskan telur putih dan gula kastor dengan kaedah double boil sambil kacau sehingga gula cair.
Tuangkan adunan telur putih dan gula kastor kedalam mangkuk pengadun lalu putar sehingga adunan kental dan suhu panas adunan turun pada suhu bilik dengan putaran kelajuan sederhana tinggi.
Sesudah menjadi kental, masukkan mentega bergaram sejuk sedikit demi sedikit dan sambung putar.
Masukkan esen vanilla dan sirap gula melaka.
Apabila tekstur sudah licin, sejukkan adunan kedalam peti sejuk.
Bahagikan buttercream kepada tiga, bahagian iaitu dua bahagian untuk hiasan lapisan atas, bawah dan tepi manakala satu bahagian lagi untuk bahagian hiasan bunga (jika mahu).

Cara-cara untuk Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Meringue Buttercream:

Potong kek pandan kepada dua bahagian lapisan kek dan asingkan.
Pada bahagian bawah kek, drizzle kan sedikit dengan gula melaka dan sapu ratakan pada permukaan kek.
pipe atau sapu sekata buttercream diatas permukaan lapisan kek.
Kemudian, letak lapisan kedua pula dan ulang pipe atau sapu buttercream. Kemaskan buttercream pada kek dan ratakan.
Potong kek dan pipe kan baki buttercream sebagai hiasan diatas kek lalu drizzle dengan sirap gula melaka di setiap potongan kek.
Sejukkan sekejap kek pandan didalam peti sejuk dan hias dengan hirisan daun pandan atau taburan kelapa kering,
Kemudian, kek pandan gula melaka dengan swiss meringue buttercream siap dan boleh dihidang.



Tips:

Masukkan bahan-bahan ketika putar adunan sedikit demi sedikit bagi memudahkan adunan mudah sebati.

Hentak untuk keluarkan gelembung udara selepas menuang dan ratakan adunan kek kedalam loyang untuk keluarkan gelembung.

Suhu bakar adalah bergantung kepada ketuhar masing-masing samada dinaikkan suhu atau dikurangkan suhu untuk membakar kek.



Periksa kek menggunakan lidi untuk memastikan samada sudah masak ataupun belum, jika dicucuk dan lidi nampak bersih bermakna kek sudah pun masak.

Panaskan bahan untuk adunan meringue sehingga 60 atau 70 ataupun cukup sekadar periksa yang adunan sudah panas dan gula didalamnya sudah larut.

Pastikan mentega bergaram untuk diputar kedalam meringue dalam keadaan yang sejuk dan meringue yang diputar sudah sejuk sebelum memasukkan mentega.

Jika meringue buttercream yang diputar masih cair, masukkan kedalam peti sejuk dalam anggaran masa 10-15 minit dan kemudian putarkannya semula sehingga dapat tekstur yang pekat dan licin.



Jika kek pandan tidak sekata, boleh potong atau trim supaya kelihatan lebih cantik.

Resepi Che Nom


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Sup Tulang Merah Singapore

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker