JAKIM minta SUHAKAM jelaskan kajian transgender

Sebaran :


JAKIM minta SUHAKAM perjelas kajian tentang perundangan berkenaan trangender

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjelaskan projek penyelidikan yang dijalankannya mengenai perundangan untuk mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

Ini susulan hantaran suruhanjaya berkenaan di media sosial mencari penyelidik untuk mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang berhubung isu itu.

Menurut Suhakam, projek penyelidikan itu dijangka berjalan selama lima bulan bermula dari tarikh pelantikan dengan tarikh tutup permohonan pada 30 Jun.



“JAKIM telah memohon penjelasan rasmi SUHAKAM mengenai perkara ini,” katanya dalam catatan di Twitter yang disertai tangkap layar hantaran SUHAKAM berkenaan jawatan kosong itu.

Hantaran SUHAKAM berkenaan menarik perhatian di Facebook dengan warga net menyifatkannya sebagai pembaziran masa dan sumber.

“Tidak perlu (untuk) penyelidikan mengenai perkara ini. Ini Malaysia, bukan negara Barat. Jawapannya sama sekali tidak dan tidak,” kata seorang pengguna bernama Ahmad Zulnasri Abdul Khalid.

Sementara itu di Twitter, dalam balasan kepada catatan JAKIM, seorang pengguna mempersoalkan sama ada seluruh negara kini perlu melapor kepada jabatan itu.
FMT




Layari Laman Facebook MYKMU NET


Isu transgender: Kerajaan bertanggungjawab cegah kemungkaran


Sebaran :

Leave a Reply