Agama Islam diprovok, jadi sasaran individu tak sensitif
Kes seorang pelanggan yang terbabit dalam pergaduhan dengan penghantar makanan kerana didakwa menghina agama Islam wajar dikenakan tindakan tegas.
Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, tindakan individu terbabit adalah bercanggah dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Katanya, umum mengetahui bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama yang duduk bersama dengan jaminan hak kebebasan hak asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
“Namun apa yang dilihat, sepertinya saban hari agama Islam sentiasa diprovok dan menjadi sasaran cacian oleh individu-individu yang tidak sensitif dengan keharmonian di negara kita,” katanya kesal.
Terdahulu, polis pada Jumaat menahan lima penghantar makanan dan seorang pelanggan berhubung insiden pergaduhan membabitkan sensitiviti agama di Sungai Way, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama kira-kira jam 2.30 petang.
Mengulas lanjut, Ustaz Zamani berkata, setiap rakyat Malaysia tidak kira status dan kedudukan sepatutnya berusaha menghormati segala yang ada dalam ajaran mereka dan belajar untuk menghormati agama lain.
Tambahnya, tindakan serius dan menyeluruh perlu diambil ke atas pelaku yang provokatif dan tidak menjaga sensitiviti agama dan bangsa, supaya dapat memberi pengajaran serta memastikannya tidak berulang.
“Satu persoalan juga ingin saya timbulkan, sejauh manakah penguatkuasaan undang-undang di negara kita benar-benar diimplementasikan terhadap orang yang menghina agama?
“Kita mahukan pelaksanaan undang-undang yang memberi kesan dan kesedaran yang cukup tinggi kepada masyarakat.
“Sudah menjadi kemestian untuk setiap orang yang menjadi warganegara bersikap toleransi terhadap agama lain seperti yang tertakluk dalam Artikel 11(1) Perlembagaan, malah berpegang kemas dengan rukun negara yang kelima yakni Kesopanan dan Kesusilaan,” tegasnya.
Justeru, beliau berkata, pihak kerajaan terutamanya pemimpin Melayu Islam ketika ini perlu bertegas dengan mengenakan tindakan undang-undang sedia ada terhadap pelaku yang menghina agama kerana ia menggambarkan keseriusan kerajaan dalam menjaga agama.
“Andai kerajaan ingin mengambil sikap menerima kemaafan semata-mata, secara tidak langsung ia akan mengikis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
“Setiap dari kita perlu mempunyai sikap sensitif dan prihatin terhadap sesuatu isu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Isu menghina agama Islam ini tidak patut menjadi kebiasaan mahupun dipandang ringan kerana mudaratnya amatlah besar,” katanya
Agama Islam diprovok, jadi sasaran individu tak sensitif
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
100 cawangan jadi sasaran Richiamo Coffee