Suhaili sandang 5 jawatan dalam MARA Corp, salah ke?

Suhaili sandang 5 jawatan dalam MARA Corp, salah ke?
Suhaili sandang 5 jawatan dalam MARA Corp, salah ke?

Pelantikan Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk menyandang lima jawatan dalam MARA Corp adalah atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Eksekutif MARA Corp dan sebagai ahli pengurusan syarikat-syarikat MARA Corp. bukan luar biasa atau langgar integriti.

Malah ia adalah kelaziman untuk mana-mana pengarah eksekutif sebuah syarikat induk dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam anak syarikatnya seperti mana berlaku di syarikat lain, kata Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Membakut, Awang Hazim Awang Basir.

Jelas Awang Hazim, sekalipun Suhaili merupakan orang politik, selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM kewibawaannya itu diyakini dapat memberikan nilai tambah kepada pengurusan subsidiari tersebut.

“Adakah menjadi satu kesalahan kepada Suhaili yang dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat MARA Corp?

“Sebenarnya Akmal Nasir cuba berlagak hero dengan membangkitkan isu pelantikan berkenaan seolah-olah menekap mata dan telinga enggan mendapatkan maklumat sebenar.

“Pelantikan Suhaili juga bukan dibuat atas dasar ekonomi sahaja sebaliknya juga mengambil kira faktor sosial apabila sebahagian besar aktiviti komersial syarikat berkait rapat dengan polisi kerajaan seperti pendidikan.

“Malah jika perhati semua dakwaan Akmal tidak ada satu pun hujah berasas kononnya salah guna kuasa, bangkit soal pulangan serta elaun diterima oleh Suhaili,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau mengulas persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berhubung pelantikan Suhaili dalam syarikat-syarikat milik MARA.

Jelas Awang Hazim, Akmal Nasir mungkin tidak maklum bahawa MARA tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Mengikut The Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) iaitu berkenaan kod etika komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat, ia tidak terpakai sama sekali dalam kalangan anak syarikat agensi tersebut.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna anak syarikat MARA dan MARA Corp tidak telus memandangkan mereka sentiasa menjadikan MCCG sebagai sumber rujukan utama dalam usaha meningkatkan ketelusan syarikat.

“MARA merujuk dengan menggunapakai amalan The Green Book Structuring A High Performance Board diterbitkan Khazanah,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa Lembaga Pengarah MARA Corp. telah bersetuju semua pengarah bebas boleh dilantik sebagai pengarah bukan bebas dalam mana-mana anak syarikat dengan syarat mereka adalah golongan profesional, mempunyai kepakaran serta pengalaman industri,” tegasnya.

Suhaili sandang 5 jawatan dalam MARA Corp, salah ke?

Kata beliau lagi, itu antara elemen diguna pakai untuk melantik Suhaili supaya dapat membantu anak syarikat selain semak imbang dalam pengurusan organisasinya.

“Ini juga selaras dengan pelan rasionalisasi bagi meningkatkan daya saing dan mengekalkan daya tahan khususnya dalam mendepani cabaran semasa impak daripada pandemik Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Awang Hazim, isu elaun yang dibangkitkan oleh Akmal juga hanya tuduhan semata-mata tanpa fakta betul.

“Untuk pengetahuan umum, Suhaili selaku ahli pengurusan MARA Corp tidak menerima elaun bulanan seperti ahli lembaga pengarah yang lain seperti mana disyaratkan oleh Kementerian Kewangan.

“Jika soal integriti yang menjadi ‘bola tanggung’ Akmal Nasir, beliau sewajarnya menerima hakikat pelantikan Suhaili dipersetujui oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Majlis MARA.

“Beliau juga melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekali gus menjadikan isu integriti dan ketelusan bukan persoalan dalam pelantikannya mengisi jawatan berkenaan.

“Tindak tanduk segelintir individu seperti Akmal Nasir yang suka membuat andaian, bersandarkan sumber tidak sahih hanya beri gambaran negatif terhadap institusi Bumiputera, tetapi lebih teruk lagi menjejaskan imej MARA.

“Hakikatnya MARA tidak pernah berkompromi dalam isu integriti. Malah terus menjunjung amanah dan integriti dalam menggerakkan pembangunan sosioekonomi Bumiputera,” tegasnya. MG

Komentar Oleh Awang Hazim Bin Awang Basir, Ahli PPBM Membakut

Suhaili sandang 5 jawatan dalam MARA Corp, salah ke?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Suhaili bolot lima jawatan dalam MARA?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker