Resepi brokoli lemon mentega yang sedap.

Sebaran :

Resepi brokoli lemon mentega

Resepi brokoli lemon mentega

Kalau makan nasi bersama lauk pauk pasti tidak lengkap tanpa hidangan sayuran. Kali ini Saji kongsikan resipi brokoli lemon mentega yang sedap dan dimudah disediakan. Tidak menggunakan banyak bahan dan senang didapati. Jom cuba!

BAHAN:

100 gm brokoli – potong kecil
3 cendawan butang
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa

CARA:

Rebus brokoli sehingga separuh masak. Angkat dan masukkan dalam air sejuk untuk menurunkan suhu brokoli dan menghalang ia terus masak. Ketepikan.

Panaskan kuali dengan api sederhana.

Masukkan minyak zaitun dan mentega.
Apabila mentega cair, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan jus lemon dan kacau sebati.

Selepas itu, masukkan cendawan, brokoli, garam dan lada hitam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan kacau sehingga masak. Utv

Resepi brokoli lemon mentega


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Ayam Masak Gajus Juicy


Sebaran :

Leave a Reply