Tauke Got Kimchi, hanya bermula dengan 3 biji kubis
Tauke Got Kimchi, hanya bermula dengan 3 biji kubis
HANYA bermodalkan RM200 bersama tiga biji kubis, siapa sangka kehidupan seorang gadis yang dahulu menyara diri dengan bekerja di sebuah makmal kini bertukar menjadi tauke kimchi berjaya dengan purata 100 pesanan setiap hari.
Yana Azmi Tan kini bergelar usahawan di platform e-dagang yang kini mengusahakan empayar kimchi yang hanya bermula sebagai satu hobi.
Menceritakan kembali, Gadis berusia 35 tahun ini berkata, pada awalnya dia hanya membuat kimchi bagi mengalih perhatian daripada kerja makmal yang agak sunyi.
“Dahulu saya kerja sendirian di dalam makmal dan sangat sunyi serta interaksi dengan orang lain sangat terhad,” katanya.
Yana berkata, dia sering menyediakan kimchi untuk keluarganya kerana mereka menyukai makanan itu, dan sering berkongsi hidangan itu di media sosial mlikinya.
Melalui perkongsian itu, ia berjaya menarik perhatian rakan-rakannya.
“Mereka tertarik dengan apa yang saya kongsi, dan mula memesan kimchi dengan saya.
“Kemudian timbul idea supaya saya memulakan perniagaan hasil dorongan ahli keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.
Biarpun pada awalnya kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri, Yana tetap dengan keputusan untuk memulakan perniagaan kimchi secara kecil-kecilan dengan bermodalkan RM200.
“Saya wang permulaan itu untuk membeli hanya tiga biji kubis dan bahan-bahan lain untuk membuat kimchi seperti serbuk cili, sos ikan, tepung beras dan garam,” tambahnya.
Dia kemudian mula serius dalam perniagaan selepas permintaan terhadap kimchi yang disediakan kian meningkat dan kemudian membuat keputusan untuk berhenti kerja di makmal.
Kini Got Kimchi berkembang menjadi perniagaan yang berjaya di atas talian, selepas Yana memutuskan untuk menyertai kursus fermatasi makanan yang dipelajarinya di Korea untuk menyediakan kimchi dengan teknik yang betul.
Yana mengambil masa sekitar setahun untuk mengembangkan rangkaian produk makanan Korea Halal yang didaftar dengan nama syarikat Got Kimchi Enterprise.
Baca artikel berkaitan: Terjual lebih 1,000 botol, Sambal Hitam Pahang pasangan buta ini jadi buruan
Dia akui bahawa keadaan agak sukar untuk dikendali setelah mendapat pesanan yang banyak selepas Got Kimchi? dilancarkan di Facebook dan Instagram kerana kekurangan tenaga kerja.
“Tingkah laku pelanggan di media sosial adalah unik. Kami perlu membalas beberapa perbualan dan permintaan Pesanan Langsung (DM) hanya untuk mendapat satu jualan. Ini menelan masa yang agak banyak dan saya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa dan empat orang pekerja sambilan yang perlu mengendalikan ratusan pesanan setiap hari,” tambahnya lagi.
Untuk menyelesaikan masalah itu, Yana mula meneroka platform e-dagang dan memilih Shopee kerana lebih mudah berbanding platform lain.
“Bagi saya interface Shopee sangat mudah digunakan serta proses dan langkah-langkahnya mudah untuk mendirikan kedai, memuat naik produk saya ke dalam kedai dan terus mula menjual”.
Namun, sudah tentu ada pesaing yang menjual produk yang serupa di platform tersebut dan mereka mula mempromosikan kedai dan produk kami secara atas talian dan mendapatakan seberapa banyak ulasan pelanggan yang boleh dan memastikan kedai mereka kelihatan menarik dan informatif dengan video dan visual berkualiti tinggi.
Kini, kedai miliknya mendapat pengiktirafan “Preferred Seller” setelah memenuhi kriteria prestasi Shopee serta mempunyai lebih daripada 35,100 pengikut dan mengekalkan penilaian pada purata 4.9 bintang secara konsisten daripada lebih 27,900 pelanggan setelah tiga tahun.
Pada hari tiada kempen khas sedang berlangsung, Yana mendapat sekitar 100 pesanan setiap hari.
Namun, permintaan akan semakin meningkat sekiranya Yana mengambil bahagian dalam “hari penghantaran percuma” setiap kali kempen dua digit seperti kempen 6.6 Jualan Hebat pada 6 Jun lalu sehingga mendapat 1,100 pesanan.
Tidak dapat menampung kapasiti pengeluaran kimchi yang begitu banyak, Yana turut membelanjakan sebanyak RM55,000 untuk membina sebuah bengkel Makanan Korea seluas 1,000 kaki persegi bersebelahan dengan rumahnya di Kuala Selangor yang dilengkapi dilengkapi dengan dapur pengeluaran, bahagian pembungkusan, dan bahagian penyimpanan dan mampu menyimpan hingga 6,000 produk pada satu masa.
Malah Yana juga membekalkan produk-produk masakan Koreanya ke kafe, pasar mini dan juga para pemborong dan sedang berusaha sedaya upaya untuk menjana hasil jualan mencecah enam angka setiap bulan. Utv
Tauke Got Kimchi, hanya bermula dengan 3 biji kubis
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.