4 lokaliti di Sabah, 2 di Sarawak, 1 di Johor bawah PKPD

PETALING JAYA: Empat lokaliti di Sabah, dua di Sarawak dan satu di Johor akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Di Johor PKPD melibatkan asrama pekerja warga asing di Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, selepas 128 daripada 237 individu disaring positif Covid-19.

Di Sarawak, PKPD membabitkan dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, melibatkan Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.

“Sehingga kini sebanyak 31 kes positif dilaporkan hasil 70 ujian saringan di Rumah Panjang Alat anak Mukan manakala di Mukah Palm Oil Mill, 14 individu disaring, 10 daripadanya direkodkan positif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, di Sabah PKPD membabitkan Kampung Sundang Laut, Sandakan, selepas 10 individu dikesan positif setakat ini.

PKPD di negeri itu turut melibatkan dua lokaliti di Penampang, iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment yang mana 32 individu dikesan positif

Kerajaan PN Kerajaan Ketam

Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Skim Cocos, Kunak, apabila 10 daripada 24 indivisu disaring positif

Ismail turut memaklumkan PKPD di 11 Rumah Panjang dan SK Stalon, Tanjung Manis, Mukah, dilanjutkan hingga 29 Jun, manakala kawalan di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak dilanjut hingga 22 Jun.

Sementara itu PKPD di Mukim Kota Setar, Kedah, Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, Rumah Panjang Wun anak Ering, Tanjung Manis, Kampung Bunut, Mukah, Sarawak tamat esok bermula 11.59 malam.

Penamatan PKPD di bandar Bentong, Pahang, bermula 11.59 malam ini.

Dalam pada itu Ismail berkata, semalam polis menahan 958 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 910 dikompaun, 47 direman manakala seorang dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (232), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran, makan di premis (196), tidak memakai pelitup muka (135), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (112), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (105), membawa penumpang berlebihan (63), aktiviti pusat hiburan (38), premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (69),” katanya.

4 lokaliti di Sabah, 2 di Sarawak, 1 di Johor bawah PKPD


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ameera Khan Dedah Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan.”Kampung 100%!!”

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker