Wan Saiful kena siasat kenapa sudah berbulan daftar tapi belum dapat vaksin
Wan Saiful kena siasat kenapa sudah berbulan daftar tapi belum dapat vaksin
KUALA LUMPUR – “Sudahkah Wan Saiful siasat kenapa rakyat Malaysia perlahan daftar vaksinasi? Betulkah mereka sambil lewa?, soal Datuk Mohd Puad Zakarshi kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pertanyaan demi pertanyaan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan wajar menetapkan satu tarikh tutup untuk mendaftar.
Oleh itu, semua rakyat mesti daftar sebelum tarikh itu.
Mohd Puad menyifatkan idea Wan Saiful macam paksa dan ugut.
”Maksudnya kalau tidak daftar juga selepas dari tarikh tutup, maka engkau punya pasal. Barangkali memang itu cara PN (Perikatan Nasional). Suka menghukum. Masalahnya, menghukum cara separuh masak,” tambah Mohd Puad.
Semalam dalam hantaran di Facebook, Wan Saiful berkata, peratusan rakyat yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin masih belum memuaskan.
Disebabkan itu, beliau menyeru semua rakyat segera mendaftar kerana vaksinasi penuh adalah satu-satunya cara kita boleh benar-benar menang dalam perang melawan Covid.
Beliau tidak menafikan mungkin ada rakyat yang menghadapi masalah untuk mendaftar, justeru pelbagai bentuk usaha outreach sedang dan perlu dibuat oleh kerajaan untuk membantu mereka mendaftar.
Tetapi ramai juga yang masih mengambil sikap sambil lewa, mahu tunggu dan lihat dahulu sebelum mendaftar.
Ada yang ambil mudah, asyik bertangguh daripada mendaftar, di samping itu, ada pula dakyah golongan anti-vaksin. Semua ini menyebabkan kadar pendaftaran masih rendah, dakwa Wan Saiful.
Menurut veteran UMNO itu, Wan Saiful jangan buat andaian dan sebagai sebagai Ketua Penerangan PPBM beliau kena turun ke bawah.
”Kenapa hanya 7.6 juta dari 26.7 juta mendaftar menerusi MySejahtera. Dari 7.6 juta itu, baru 1,331,262 orang terima dua dos vaksin Covid-19, manakala seramai 3,030,096 individu telah terima dos pertama.
”Aplikasi MySejahtera ok ke tidak. Bagaimana di kawasan pedalaman, pulau dan kampung orang asli?, soalnya.
Tanya Mohd Puad lagi, kalau rakyat Malaysia sambil lewa kenapa mereka berebut-rebut apabila kerajaan tawarkan vaksin AstraZeneca.
Hujah beliau lagi, adakah Wan Saiful sudah siasat kenapa mereka yang berbulan daftar di MySejahtera sampai sekarang belum dipanggil untuk vaksinasi.
Mohd Puad turut mempersoalkan kenyataan Wan Saiful yang menyatakan kalau ada tarikh tutup badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya boleh digembeling untuk kempen daftar vaksinasi.
”Kenapa mesti tunggu ada tarikh tutup? Agensi kerajaan termasuk jentera Penerangan PPBM tidak boleh buat sekarang ke? Atau pun jentera Penerangan PPBM memang tidak wujud di akar umbi. Tak ada orang,” kata beliau. MG
Wan Saiful kena siasat kenapa sudah berbulan daftar tapi belum dapat vaksin
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.