Resepi Ikan Singgang Terengganu

Resepi Ikan Singgang Terengganu

Resepi Ikan Singgang Terengganu

IKAN tongkol singgang adalah sajian popular di Terengganu. Ia enak dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
Bagi penggemar budu, anda pasti menjilat jari apabila menikmatinya bersama-sama dengan sajian ini.
Ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.
“IKAN singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob,” kata Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Bahan-bahan Resepi Ikan Singgang Terengganu:

  • 5 potong ikan tongkol
  • 1/4 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang merah – dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 biji cili padi – diketuk
  • 5 biji bendi
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.
  2. Apabila air telah mendidih,masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit,serbuk kunyit dan lengkuas dalam periuk.
  3. Kemudian,masukkan pula ikan tongkol, asam gelugor, cili padi dan bendi.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Siap untuk dihidang.

Resepi Ikan Singgang Terengganu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Cucur Sayur Rangup Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker