Resepi Cucur Sayur Rangup Sedap

Resepi Cucur Sayur Rangup

Resepi Cucur Sayur Rangup Sedap

Kalau korang nak tahu tak susah pun nak buat cucur sayur rangup ni. Minum petang jadi lebih menyeronokkan bila ada cucur sayur rangup ni.

Layan sungguh makan cucur sayur rangup tak boleh bawak bincang. Mungkin bagi orang lain biasa je kalau bab cucur ni. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya bila digoreng ia masuk minyak dan lembik.



Bahan-Bahan – Resepi Cucur Sayur Rangup Sedap

Bahan A –

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
  • 1 sudu kecil baiking powder *
  • Dan 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
  • 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
  • 1 sudu besar minyak masak*
  • Serta 1 biji telor ayam *

Semua Bahan yang ditandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B –

  • 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
  • 1 cawan karet yang dihiris halus
  • Dan 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
  • 1 biji bawang besar yg dihiris halus
  • 1 biji cili hijau yg dihiris halus atau tak mahu pun tak apa. Saya suka cucur saya bewarna warni
  • Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
  • 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain –

  • Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan atau;
  • Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

Cara Membuat:

  1. Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam adunan Bahan A. Gaul rata supaya menjadi sebati.
  2. Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik.
  3. Masukkan ikan bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda, rasa tahap kesedapan anda.
  4. Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng hingga garing.
  5. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Resepi Cucur Sayur Rangup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi ikan jenahak taucu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker