Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi

Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi

Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi

Pengurangan jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak boleh dijadikan strategi sedangkan matlamat ialah untuk kembali kepada kehidupan normal dan mengelakkan kerosakan lanjut ke atas ekonomi, kata seorang ahli ekonomi.

Ia susulan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkaji semula keperluan meneruskan atau melonggarkan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh, sekiranya jangkitan harian Covid-19 berkurangan kepada 4,000 kes ke bawah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito berkata, rancangan lebih komprehensif diperlukan kerana hanya mengambil kira jumlah jangkitan harian akan menyaksikan peningkatan kes selepas sekatan pergerakan dilonggarkan.

“Langkah bukan strategi ini akan memaksa Malaysia mengalami lebih banyak sekatan pergerakan untuk setahun lagi atau lebih. Kita memerlukan lebih daripada ini, negara tidak dapat bertahan setahun lagi dalam keadaan seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sasaran Malaysia bukan hanya untuk meminimumkan jangkitan, tetapi juga membolehkan penduduk dalam kumpulan paling kuat mengembangkan imuniti kelompok, sementara kumpulan paling rentan dilindungi dengan inisiatif sementara dan strategi penjagaan di rumah.

Katanya, strategi perubatan seperti meningkatkan penyelidikan farmaseutikal bagi rawatan berkesan harus dilakukan untuk membantu memerangi Covid-19

Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi
Carmelo berkata, perniagaan harus komited untuk menyaring kakitangan mereka setiap minggu dan ini dapat dilakukan melalui kit saringan mampu milik disediakan oleh teknologi ujian pantas.

“Selain itu, apabila saringan besar-besaran, secara kerap dan pada harga berpatutan diperkenalkan, kerajaan harus komited untuk membenarkan perniagaan beroperasi dan mengecualikan cukai ke atas perbelanjaan ujian saringan mereka,” katanya sambil menambah ujian besar-besaran dan kerap boleh mengesan kes Covid-19 lebih awal.

Beliau berkata, lebih banyak pelaburan diperlukan untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan dengan usaha bersama daripada kerajaan dan sektor swasta.

Kata beliau, cadangan ini bertujuan meminimumkan lagi kadar kematian dan mencapai imuniti kelompok bagi mengelakkan bencana sosial serta kemanusiaan. FMT

Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rakyat dulu, baru ekonomi – pakar ekonomi Khazanah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker