Arab Saudi umum tiga pakej haji 2021

Arab Saudi umum tiga pakej haji 2021

Arab Saudi umum tiga pakej haji 2021

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan tiga pakej ibadah haji bagi tahun ini dengan turut membenarkan jemaah wanita untuk mendaftar tanpa mahram atau peneman lelaki, lapor akhbar Arab News, kelmarin.

Pendaftaran haji dibuka bermula kelmarin selepas pemerintah mengumumkan kuota tahun ini terhad kepada warganegara Arab Saudi dan pemastautin sahaja pada Sabtu lalu.



Kos untuk tiga pakej yang diluluskan adalah SR16,560.50 (RM18,217), SR14,381.95 (RM15,783) dan SR12,113.95 (RM13,294).

Menurut laman web Kementerian Haji dan Umrah, jemaah akan menaiki bas untuk ke tempat suci dengan jumlah maksimum 20 jemaah setiap kenderaan.

Mereka akan dibekalkan tiga kali hidangan setiap hari di Mina dan dua hidangan(sarapan dan makan tengah hari) di Arafat.

Para jemaah juga akan diberi makan malam di Muzdalifah. Perkhidmatan makanan dan minuman lain akan tersedia tetapi jemaah haji tidak dibenarkan membawa makanan dari luar Mekah.



Permohonan menunaikan ibadah haji ini akan melalui lima peringkat.

Ini termasuk calon jemaah yang mengakui maklumat kesihatan dan memberikan maklumat peribadi berdasarkan surat rasmi mereka.

Pemohon akan dipilih berdasarkan data yang diberikan kepada Pusat Maklumat Nasional.

Sebaik sahaja permohonan diterima, pemohon akan diberi nombor pendaftaran untuk pertanyaan lebih lanjut.

Setelah memastikan status vaksinasi Covid-19 selesai dengan dos pertama atau pulih jangkitan virus itu sepenuhnya, satu teks mesej dengan maklumat pembayaran akan dihantar.



Kementerian mengatakan bahawa pendaftaran haji ini tidak bererti kebenaran menunaikan haji yang muktamad telah diberikan.

“Izin Haji hanya akan dikeluarkan selepas pemohon memenuhi semua syarat dan peraturan kesihatan wajib.

“Kementerian memiliki hak untuk menolak permintaan pada bila-bila masa, jika menemui pelanggaran mana-mana syarat wajib,” tambah kenyataan daripada kementerian.

Sebelum permohonan izin haji dihantar, semua pemohon perlu mengesahkan bahawa mereka tidak menunaikan haji dalam tempoh lima tahun terakhir, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak dijangkiti COVID-19.



Bakal jemaah juga perlu mengesahkan bahawa mereka tidak dimasukkan ke hospital kerana penyakit kronik atau untuk rawatan dialisis dalam tempoh enam bulan terakhir. Agensi

Arab Saudi umum tiga pakej haji 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bakal haji 2020, 2021 diberi keutamaan tahun depan – TH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker