Ruang udara dikuasai Singapura
PETALING JAYA: Ruang udara Malaysia sebenarnya dikuasai Singapura sehingga pihak berkuasa negara ini tidak tahu atau tidak sedar pun berlakunya pencerobohan oleh pesawat Israel baru-baru ini.
Sebenarnya negara asing tersebut juga tidak perlu meminta kebenaran kerajaan untuk melintasi ruang udara negara ketika itu dengan alasan ia adalah pesawat awam.
Demikian pendedahan bekas Menteri Luar, Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia mengenai kontroversi pencerobohan pesawat asing di ruang udara negara ini.
Syed Hamid mendakwa, pesawat Israel ketika itu turut membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dalam lawatan ke Singapura dan Australia.
“Ruang udara Malaysia ini, saya tak tahu sama ada kita sedar atau tak, saya fikir ia dikuasai oleh Singapura. Laluan semua dikuasai oleh Singapura. Dalam isu kapal terbang Israel tempoh hari, banyak kita tak sedar sebenarnya ia membawa Netanyahu melawat Singapura dan ke Australia.
“Pesawat tersebut membawa pemimpin parti Likud itu ke Singapura sebelum menuju ke Australia dan mereka tidak perlu pun minta izin kerana ruang udara Malaysia dikuasai oleh Singapura.
“Ia melintas waktu itu, bukan mereka minta kebenaran daripada kita, tambahan pula mereka menggunakan pesawat awam. Dan dalam hal ini, kalau saya silap kamu boleh tanya pihak berautoriti Malaysia terhadap ruang udara pesawat awam,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.
Pada 19 Mei lalu, pesawat prototaip pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel, ketika dalam penerbangan dari Tel-Aviv ke Singapura, dikesan memasuki ruang udara negara sebelum mendarat di Singapura.
Jurnal berita Defense Security Asia dalam laporannya mengandaikan pesawat itu mungkin membawa radar sensitif serta peralatan pengintipan.
Mengulas lanjut, Syed Hamid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu berkata, pendekatan Malaysia berhubung isu itu tidak membabitkan soal dasar luar, yang mana senario pada waktu itu menuntut kerajaan mempertimbangkan keputusan bersifat situational dalam mendepani keadaan sebegitu.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
“Waktu isu itu, Indonesia tegas dalam hal ini, mereka langsung tak benarkan. Jadi saya fikir itu bukan soal dasar, sebab dasar luar ini ada dasar yang mempunyai penentuan dan ada dasar bersifat situational (bersifat sementara bergantung kepada situasi semasa).
“Jadi dalam hal ini, kena tanya dengan kerajaan sama ada Israel minta kebenaran daripada kita? Sebab saya tengok dalam akhbar semua hentam kerajaan kononnya kita membenarkan, sedangkan kita tak tahu sama ada mereka perlukan kebenaran atau tidak,” katanya.
Pada 29 Mei lalu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan akhbar memaklumkan, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara Malaysia namun tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.
Kenyataan sama juga menyebut, tiada corak penerbangan tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara negara.
Selepas tiba di Singapura, pesawat tersebut tidak memasuki semula ruang udara Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hamid berkata, kerajaan perlu peka berhubung isu membabitkan Israel kerana operatif perisikan luar negara itu iaitu Mossad sangat aktif dan pernah ada rekod beroperasi di negara ini.
“Apabila Israel beri amaran Malaysia merupakan satu sasaran dan dia dah pernah ada rekod membunuh doktor Palestin di Malaysia dahulu, jadi kita kena peka dan prihatin,” katanya.-
Amerika kecam pesawat tentera China ‘ganggu’ Malaysia, Taiwan
Ruang udara dikuasai Singapura
Baca Artikel Menarik :
- Pejuang mahu kelulusan segera selepas Mahathir mengadap Agong
- Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes
- Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid
- Pesakit Covid-19: Lesu, sukar tidur antara 5 sindrom pasca Covid-19
- Resepi omelet tuna gulung yummy
- Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran
You must be logged in to post a comment.