‘Khemah besar’ bolehkan kerjasama PH, UMNO

KUALA LUMPUR: Konsep ‘khemah besar’ yang dipersetujui ketika pemukiman Pakatan Harapan (PH) pada April lalu akan membolehkan gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia boleh menjadi kenya­taan jika UMNO memenuhi prasyarat ditetapkan iaitu menerima agenda reform (pembaharuan) dan praktis tadbir urus baik dalam sebuah kerajaan.

Menurutnya, UMNO juga harus menerima perkara yang disepakati dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya kedudukan Islam dan institusi raja-raja Melayu, Perkara 153 mengenai hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyebut jajaran baharu atau gabungan politik baharu yang dinamakan Perikatan 3.0, PH lebih bersetuju kepada konsep ‘khemah besar’.



“Ia bersifat lebih luas termasuk kerjasama dengan masyarakat madani dan individu-individu yang ada pengaruh,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Saifuddin, belum ada lagi perbincangan spesifik dengan UMNO dan parti-parti lain berhubung perkara itu ke­rana PH belum membuka jalan perundingan secara rasmi.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP



Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerjasama tidak akan berlaku kerana UMNO tidak dapat menerima syarat PH yang mahu Pengeru­sinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke­sembilan, beliau berkata, keputusan akhir sangat bergantung kepada dinamik perbincangan.

“Itu pandangan peribadi Tun dan tidak mewakili PH. Yang paling penting adalah ketika pemukiman di Port Dickson tempoh hari, ketetapan nombor satu menyebut PH dalam memasuki pilihan raya yang akan datang meletakkan Anwar sebagai jeneral yang akan memimpin jentera kempen.

“Jika PH diberi kepercayaan oleh rakyat untuk kembali menjadi kerajaan, maka Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri PH. Itu resolusi nombor satu. Dalam konteks pendekatan ‘khemah besar’, ini akan tetap kita sampaikan sebagai keputusan ataupun pendirian PH,” katanya.

Beliau berharap isu kepimpinan ini dapat dimuktamadkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selaras dengan amalan PH ketika PRU-14 yang mengumumkan bakal Perdana Menteri bersama-sama manifesto dan calon pilihan raya.



‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

‘Khemah besar’ bolehkan kerjasama PH, UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker