Ashanty Disahkan Menghidap Penyakit Merbahaya

Penyanyi Indonesia dan isteri kepada Anang Hermansyah, Ashanty sebelum ini diketahui mempunyai penyakit autoimun. Namun, baru-baru ini Ashanty mengetahui bahawa dia mempunyai penyakit batu karang.

Didiagnosis Penyakit Batu Karang

Menerusi video yang dimuatnaik di saluran Youtube beliau, The Hermansyah A6, Ashanty mengetahuinya ketika dia sedang memeriksa keadaan kesihatannya di sebuah hospital di Turki. Dan setelah keputusan dikeluarkan, Ashanty mengetahui dia didiagnosis penyakit batu karang.

“Ternyata saya menghidap penyakit lain. Sebenarnya bukan penyakit. Ada batu karang.”-Ashanty

Disaran Minum Air Tiga Liter Sehari

Menurut penyanyi lagu Jodohku ini, batu karangnya dikatakan cukup besar, iaitu empat milimeter. Namun dia tidak diharuskan untuk menjalani pembedahan

“Tetapi di sini, tidak boleh menjalankan pembedahan. Harus minum air sebanyak mungkin terlebih dahulu. Selepas enam bulan kembali untuk pemeriksaan.Saya disuruh minum air tiga liter sehari.”-Ashanty

Berharap Tidak Perlu Jalani Pembedahan

Ashanty turut berharap setelah dia minum banyak air, batu karang akan pecah dengan sendirinya, dan tidak perlu menjalani  pembedahan di masa akan datang.

“Terima kasih Tuhan, kolesterol, diabetes, tekanan darah tinggi, asid urik, semuanya tidak ada, terima kasih Tuhan. Saya hanya kekurangan zat besi, tetapi tidak signifikan. Hanya masalah autoimun, batu karang dan hormon tidak stabil, kerana (KB) spiral, saya telah gunakannya selama empat tahun, ianya selamat, hanya beberapa orang sahaja yang sesuai, ada yang seperti saya, hormon saya tidak seimbang.”-Ashanty

 

Ashanty dinasihatkan buang alat pencegah kehamilan

Jakarta: Penyanyi Ashanty dinasihatkan doktor untuk mengeluarkan alat mencegah kehamilan dalam rahimnya.

Isteri kepada Anang Hermansyah itu berkata, pemakaian alat berkenaan dikhuatiri menjadi punca kepada masalah ketidakstabilan hormon yang dihadapinya ketika ini.

Sebelum ini Ashanty menjalani pemeriksaan autoimun di Turki dan menemui ketulan batu pada ginjalnya.

Ashanty berkata, dia akan membuat pemeriksaan lanjut berhubung penyakitnya itu selepas enam bulan.

Menurut Ashanty, dia turut berdepan dilema sekiranya dia mengeluarkan alat pencegah kehamilan itu.

“Alat itu paling penting kerana saya sudah tidak ada keinginan untuk hamil lagi. Saya tidak mahu tambah anak, hanya ingin tambah cucu saja,” katanya.

Perkara itu dikongsinya menerusi video terbaharu di saluran YouTube The Hermansyah A6.-HM

[FOTO] Baka Anak Kambing Ada 7 Kaki, Dua Kemaluan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker