2 wanita dicari polis, menari lucah serta ajar kanak-kanak hisap vape di IG


DUA pemilik Instagram dicari polis bagi membantu siasatan berhubung aksi mereka yang boleh dianggap lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada seorang pensyarah universiti pada 9 pagi semalam.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

BERITA BERKAITAN Lelaki didakwa 100 tuduhan kes amang seksual, tunjuk kemaluan pada kanak-kanak

Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Menurutnya, mereka turut menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektronik) kepada kanak-kanak berkenaan.

“Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Dia turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua. Utv

Artis jangan buat persembahan maksiat, lucah – Ustazah Asma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker