Resepi Kek Coklat Ala Tornado Yang Bikin Ketagih!
Resepi Kek Coklat Ala Tornado Yang Bikin Ketagih!
Pernah tak korang dengar kek coklat tornado? Kek ini bukan sekadar kek coklat yang biasa. Kek coklat ‘viral’ ini sangat moist dan gebu ditambah pula dengan topping coklat yang meleleh dan bersusu. Nikmatnya! Niat nak berdiet pun terbatal apabila anda menikmati kek ini. Tengok saja pun dah kecur air liur. Ini resepi lengkap kek coklat ala tornado viral!
BAHAN UNTUK KEK:
Bahan A :
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halu1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak atau marjerin cair
Bahan B :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- Dan 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- Sedikit garam halus
Bahan C :
- 1/2 cawan air panas
- Cara-cara:
Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Bahan untuk coklat ganache:
- 500g milk chocolate
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1 sudu besar marjerin
Cara-cara untuk coklat ganache:
- Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
Kacau sehingga likat dan smooth.
- Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.
Bahan untuk topping cheese:
- 250g cheese tatura
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan non-dairy whiping cream
- 1/4 cawan susu segar
Cara-cara untuk topping cheese:
- Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.
Kredit: Azlina Ina
Resepi Kek Coklat Ala Tornado Yang Bikin Ketagih!
Baca Artikel Menarik
- Syed potong rambut pun, netizen teruja
- Private party’ di bilik hotel, 4 penjawat awam antara 32 ditahan
- Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi
- Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin
- Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
- Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Resepi Kek Bukan Tornado Viral
You must be logged in to post a comment.