PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful

PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful

PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful

PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri kesihatan Lee Boon Chye berkata, pemimpin politik tidak seharusnya menganggap pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai kejayaan tanpa mengambil kira penderitaan jutaan isi rumah yang kehilangan sumber pendapatan mereka dalam tempoh ini.

Beliau berkata, keperluan untuk PKP dilaksanakan berulang kali di seluruh negara adalah kerana kegagalan langkah kesihatan awam, iaitu pengesanan kontak, ujian massa dan mengenal pasti serta pengasingan kes.

“Kos PKP di seluruh negara (FMCO) dianggarkan sehingga RM 1.5 bilion setiap hari. PKP adalah jalan terakhir apabila langkah kesihatan awam yang lebih bersasar gagal. PKP adalah akibat kegagalan, bukan kejayaan,” katanya kepada FMT.

Semalam, seorang pemimpin Bersatu berkata, keputusan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh adalah tepat dan mula menunjukkan hasil.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata, penurunan kes Covid-19 menafikan segala tuduhan yang dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak mempunyai rancangan yang terperinci.

Dalam pada itu Lee berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal membendung virus yang menyebabkan Covid-19, walaupun berjaya pada awalnya semasa PKP 1.0

Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara

Katanya, antara kegagalannya adalah gagal membina keupayaan pengesanan kontak.

“Sekiranya setiap kontak rapat dapat dikenal pasti, diuji dan diasingkan dalam 48 jam, setiap kes penularan wabak dapat dibendung. Virus Covid-19 tidak muncul secara tiba-tiba dan setiap kes baharu mesti dijangkiti daripada orang lain,” kata beliau.

Lee juga berkata, antara kelemahan pelaksanaan PKP adalah seperti kegagalan melaksanakan SOP yang jelas dan konsisten.

Beliau juga berkata, kerajaan gagal mencegah kes import setelah kejayaan PKP 1.0, selain kadar vaksinasi yang perlahan.

“Salah satu aspek penting ialah kegagalan kepemimpinan. Kita menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, iaitu krisis kesihatan dan juga krisis sosio ekonomi.

“Negara sedang berperang dengan virus! Pada masa perang, segala sumber yang sedia ada seharusnya dialihkan untuk menghadapi perang, iaitu untuk melawan wabak,” tambah beliau.

COVID-19: Selamatkah Tempat Kerja Anda Daripada Jangkitan Bawaan Udara?

Katanya, Jemaah Menteri tidak boleh berfungsi seolah-olah “keadaan seperti biasa” dan semua jabatan yang kurang relevan semasa pandemik seharusnya disusun semula dan sumber tambahan (tenaga kerja dan peruntukan) dialihkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), selain membantu program vaksinasi.

Lee berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin gagal dalam kepemimpinannya.

“Akhirnya saya menganggap ‘budaya membodek’ harus dihentikan. Jangan sibuk ‘membodek’ sedangkan 3,460 nyawa telah terkorban dan puluhan juta rakyat dalam kesusahan,” katanya.

Semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk seluruh negara terus menunjukkan trend penurunan sejak minggu lalu sehingga mencecah di bawah paras 1.0 buat kali pertama sejak dua bulan lepas.

Menurut data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, kadar kebolehjangkitan semalam adalah 0.97 berbanding 0.99 sehari sebelumnya.

Sibuk jadi PM punca Najib jatuh

PKP perlu kerana kerajaan gagal, bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful

 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Keras kepala tambak laut, penduduk akan tunjuk DAP pintu keluar dari P Pinang, kata pemimpin PKR

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker