Perpaduan kerajaan PN terancam kerana wabak makin teruk
Perpaduan kerajaan PN terancam kerana wabak makin teruk
Wabak Covid-19 yang semakin buruk mungkin akan mengancam perpaduan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Fitch Solutions dalam laporan Risiko dan Penyelidikan Industri.
Risiko politik Malaysia sudah pun tinggi tetapi akan menjadi semakin buruk memandangkan persepsi bahawa kerajaan gagal membendung wabak ini.
Katanya, ini akan memberi kesan negatif terhadap pembuatan dasar, kesinambungan polisi dan kestabilan sosial.
“Kami di Fitch Solutions menjangkakan risiko politik menjadi semakin buruk akibat ketidakpuasan meluas terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid-19.
“Tambahan pula, kemarahan masyarakat yang meningkat cenderung mempengaruhi perpaduan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dan kami menjangkakan salah-menyalahkan satu sama lain dalam isu ini semakin meningkat menjelang pilihan raya yang dijanjikan.
Ryzal Ibrahim DurianKimchi Gunakan Maryam Dikecam Netizen [VIDEO]
“Risiko protes juga meningkat dan pilihan raya yang tidak diadakan selama beberapa bulan mendatang mungkin menjadi cetusan bagi mendorong rakyat Malaysia untuk turun ke jalanan,” kata Fitch Solutions, cabang penyelidikan Fitch Group, dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.
“Oleh itu, kami telah mengubah skor indeks risiko politik jangka pendek kami kepada 65.2 peratus berbanding 66.7 sebelum ini, untuk mencerminkan risiko itu,” tambahnya.
Malaysia telah menyaksikan peningkatan jumlah harian Covid-19sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pelaksanaan kawalan pergerakan penuh tetapi dengan arahan atau garis panduan yang membingungkan, katanya.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
Perpaduan kerajaan PN terancam kerana wabak makin teruk
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank
You must be logged in to post a comment.