Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib

Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib

Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib

Ternyata langkah Kerajaan Pakatan Harapan (PN) memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) satu kesilapan besar yang menyusahkan negara dan menyebabkan masa depan negara terbantut.

Datuk Seri Najib Razak berkata, hari ini menyaksikan ramalan-ramalan yang pernah dibuatnya sebelum ini menjadi realiti.

Pada Ogos 2018, Najib menerusi hantaran di Facebooknya merumuskan negara hilang semua kelebihan ekonomi, sifat kompetitif dan pemangkin ekonomi yang dibolehkan oleh GST.

Katanya, negara juga akan kehilangan kemampuan ekonomi untuk mendepani kemelesetan ekonomi atau kejatuhan harga komoditi eksport secara mendadak atau tiba-tiba kerana tidak mempunyai GST untuk menjadi penampan.

Kerajaan juga akan kehilangan kemampuan untuk terus mendorong rakyat yang memerlukan seperti dahulu dan apabila harga tidak turun selepas GST disifarkan, maka rakyat akan dibebankan dengan harga lebih tinggi apabila cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan.

Dalam hantaran itu, Najib berkata, keempat-empat faktor ini akan menjadi tamparan hebat kepada negara.

Bagaimanapun, secara sinis, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, semasa itu, ramai rakyat yang masih memerli hantaran-hantarannya sebab mereka belum sedar mereka telah ‘dikencing’.

Namun, sekarang sudah berkurang selepas ramai rakyat dahulu telah ‘pulih’.

Beliau mengulas tiga alasan Tengku Zafrul kenapa hasil kerajaan turun sehingga pakej bantuan PEMERKASA+ semakin kecil untuk membantu rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan selama satu setengah bulan ini.

Salah satu alasan Menteri Kewangan itu ialah Malaysia tidak ada lagi GST.

Najib menambah, kini pelaburan asing ke Malaysia menjunam menjadi paling rendah di ASEAN sebab negara-negara jiran lebih kompetitif/menarik selepas berjaya mengurangkan kadar cukai korporat terutamanya negara Indonesia.

Oleh itu, kemelesetan ekonomi semasa pandemik memberi tamparan hebat yang menjejaskan hasil kerajaan seperti disebut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Akibatnya, kerajaan tidak mampu membantu rakyat terutamanya ketika kemelesetan ekonomi, yang mana rakyat paling memerlukannya. MG

Ternyata pemansuhan GST satu kesilapan besar – Najib


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jangan banyak alasan, bantu rakyat segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker