Jangan banyak alasan, bantu rakyat segera

Jangan banyak alasan, bantu rakyat segera

Jangan banyak alasan, bantu rakyat segera

Pemuda UMNO Harap Kerajaan Usah Banyak Alasan, Manfaatkan Ordinan Darurat Jaga Rakyat

Kerajaan Bertanggungjawab jaga rakyat bukan hanya jaga bank!

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengakui Kerajaan ada kuasa untuk arah bank bagi moratorium tanpa caj/faedah.

“Akhirnya Menteri Kewangan akui Kerajaan ada kuasa untuk arah Bank bagi Moratorium Tanpa Caj/Faedah, cuma hari ini bagi alasan kena bagi pampasan kepada Bank. Sefaham saya dibawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, tiada pula disebut pasal Pampasan,” katanya dalam hantaran di facebooknya berkaitan hal terbabit, hari ini.

Sehubungan itu katanya, jika benar alasan darurat sebab hendak bantu rakyat, Pemuda UMNO berharap usahlah banyak sangat alasan.

“… manfaatkan sepenuhnya Ordinan Darurat, arahkan sahaja bank-bank tawarkan moratorium 2.0 tanpa faedah/caj secara automatik kepada rakyat tanpa mengira kategori B40 atau M40,” katanya lagi,

Terdahulu Pemuda UMNO menggesa Kerajaan agar memanfaatkan sepenuhnya kuasa di bawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk segera memastikan institusi perbankan dan kewangan negara menawarkan moratorium 2.0 tanpa caj atau faedah tambahan. – UMNO Online

Jangan banyak alasan, bantu rakyat segera


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moratorium: Kerajaan boleh guna 3 akta ini terhadap bank – Pemuda Umno

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker