United Airlines akan beli 14 pesawat supersonik Overture

NEW YORK – Syarikat penerbangan United Airlines mengumumkan pada minggu ini rancangan membeli 14 pesawat daripada firma Boom Supersonic dalam langkah yang akan  menghidupkan semula perjalanan udara berkelajuan tinggi selepas perkhidmatan Concorde ditamatkan pada 2003.

Di bawah persetujuan yang dicapai, United Airlines akan membeli pesawat supersonik buatan  Boom yang dinamakan Overture sebaik sahaja jet tersebut memenuhi syarat keselamatan, pengendalian dan  penyelenggaraan dengan matlamat untuk membawa penumpang pada 2029, kata kedua-dua syarikat dalam satu sidang akhbar bersama Khamis lalu.



Persetujuan itu membabitkan 15 pesawat supersonik dan pilihan untuk United Airlines membeli 35 lagi pesawat, namun kosnya  tidak didedahkan.

“Ia adalah idea menarik tetapi banyak persoalan masih belum terjawab,” kata pakar firma perunding AIR, Michel Merluzeau.

Beliau menganggarkan kos pembangunan jet komersial baharu boleh mencecah antara AS$10 bilion (RM41.2 bilion) hingga AS$15 bilion (RM61.9 bilion).



“Kita perlu bersikap realistik tentang ini,” tambahnya yang menganggap tahun 2035 atau 2040 sebagai tarikh lebih munasabah untuk perkhidmatan komersial Overture.



Pesawat buatan Boom itu berupaya terbang dua kali ganda lebih laju daripada pesawat komersial utama dalam pasaran ketika ini.

View this post on Instagram

A post shared by United Airlines (@united)



Overture dikatakan mampu terbang dari Newark ke London (5,500 kilometer) dalam masa hanya tiga jam setengah dan enam jam untuk penerbangan dari kota raya San Francisco ke Tokyo (8,200 kilometer). – AFP/Fox Business

[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker