[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik

[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik

[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik

Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik selepas seekor kelawar tiba- tiba muncul dan terbang di dalam kabin, lapor akhbar The Sun semalam.

Satu rakaman video menunjukkan pesawat jenis Boeing 777 milik Air India yang berlepas ke New Jersey, Amerika Syarikat berpatah balik selepas 30 minit berlepas dari lapangan terbang.



[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik

Memetik laporan majalah Business Today, kapten kapal terbang itu berpatah balik ke pangkalan asal di Delhi selepas melaporkan insiden itu kepada Pusat Kawalan Trafik Udara.

VIDEO DIBAWAH:-

 

Pegawai Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) berkata penerbangan itu berpatah balik ke Delhi selepas beberapa kru penerbangan menyedari kelawar itu terbang berkeliara. di dalam kabin.



Sebaik mendarat, pihaknya kemudian memanggil pegawai hidupan liar untuk menangkap kelawar itu.

Pesawat itu kemudian diasapkan dan bangkai kelawar itu ditemukan di bahagian kelas penerbangan perniagaan.

Jabatan keselamatan penerbangan Air India dilaporkan akan menyiasat insiden tersebut.



Bagimanapun, laporan awal daripada pasukan kejuruteraan syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa pelepasan haiwan itu dalam pesawat adalah berpunca daripada pihak ketiga.

[VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik

Kesemua penumpang pesawat itu kemudian ditukarkan untuk menaiki penerbangan Air India yang lain dan selamat mendarat di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat pada pukul 11.35 pagi waktu tempatan. -Agensi

  [VIDEO] Kelawar Terbang Dalam Kabin Punca Pesawat Berpatah Balik


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mawar Karim dedah WhatsApp – Panas Giler




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker