Resepi Puding Mabul Ocean Blue

Resepi Puding Mabul Ocean Blue
Resepi Puding Mabul Ocean Blue

Tengok puding ni saja dah tak sabar nak makan. Texture dia cukup cantik rasa macam aquaworld pulak.

Apa lagi jom buat puding mabul ocean blue yang sedap ini.

Bahan A: (Warna Biru)

  • 1 peket agar-agar tali 18 gm
  • 1atau 2 tin laici/longan, saya guna dua tin
  • 5 sb gula pasir
  • Sedikit pewarna biru
  • Biji selasih 1 peket kecil (di rendam)
  • 2 cwn air biasa
  • 3 cwn air dari tin laici (asingkan buahnya)

Cara Buat:

  1. Basuh agar-agar.
  2. Masak bersama 2 cawan air, 3 cawan air laici dan gula pasir.
  3. Masukkan sedikit pewarna biru, masak sampai larut, kecilkan api.
  4. Basahkan loyang/acuan, masukkan agar-agar tadi.
  5. Susun buah laici hingga penuh dan tenggelam.
  6. Taburkan biji selasih yang dah kembang.
  7. Sejukkan sebentar, biar keras sedikit.
  8. Sementara itu, masakkan agar-agar susu.

Resepi Puding Mabul Ocean Blue
Susun buah laici ke dalam bekas.

Resepi Puding Mabul Ocean Blue
Kemudian curah agar yg telah di masak tadi ke atas buah laici.

Resepi Puding Mabul Ocean Blue
Pastu letak biji selasih yg telah drendam terlebih dahulu.

Tunggu separuh keras (30 minit) agar-agar ni, masuk ke dalam peti ais.

Kemudian lorekkan dengan pisau dan masukkan agar-agar susu tadi. Tujuan lorek dengan pisau supaya lapisan agar-agar biru dan susu tadi melekat cantik.


Tuangkan lapisan susu ke atas lapisan biru tadi. Nak curah yang ni paling mencabar, nasib baik lekat tadi.

Bahan B: (Agar-agar susu)

  • 1 pkt agar tali 18gm
  • Air biasa 3 cwn
  • Susu cair 1 tin
  • Gula pasir 5 sb
  • Sedikit esen vanila

Cara Buat:

  1. Masakkan agar-agar bersama gula dan air hingga larut.
  2. Masukkan susu cair dan esen vanila. Masak sampai didih, kecilkan api.
  3. Kemudian bila agar-agar biru dah sedikit keras, cakarkan permukaan dengan garpu rata-rata.
  4. Masukkan agar-agar susu tadi.
  5. Sejukkan hingga keras, baru kuarkan dari acuan.
  6. Kalau nak mudah kena masak asing agar-agar biru dan susu

Selamat mencuba.

Resepi Oleh Rozinah Inah

Resepi Puding Mabul Ocean Blue


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi bingka labu berkeju sedap

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker