P. Pinang durian berlambakan, Lembah Klang durian harga Yahudi
P. Pinang durian berlambakan, Lembah Klang durian harga Yahudi
Bulan Julai dan Ogos biasanya durian mulai jujuh, terutama di utara tanah air dan lebih khusus kawasan sekitar Pulau Pinang yang popular dengan durian jenis duri hitam.
Durian dari pulau mutiara itu memang sedap dan menjadi idaman peminat raj buah itu.
Tahap kelazatannya adalah satu tahap lebih tinggi dari Musang King. Jadi dengan rasa sesedap itu, harganya pasti lebih mahal daripada Musang King.
Jika Musang King gred A dijual pada harga RM50 sekilogram, bagi durian duri hitam seulas sahaja sudah mencecah RM50.
Itulah yang berlaku di Lembah Klang. Harga durian tidak boleh runding langsung.
Durian kampung dijual pada harga RM25 sekilogram. Durian musang king pula bagi gred C berharga RM50 sekilogram.
Pada ketika PKP kini bekalan durian memang sukar diperolehi kerana pergerakan kenderaan terbatas.
Sekatan jalan raya menyebabkan individu tidak berani membawa barangan dagangan menggunakan kenderaan persendirian, kerana ia melanggar peraturan. Apatah lagi tempoh ini samannya berjumlah ribuan ringgit.
Jadi bagi pemilik dusun durian, Shamsol Abdul Aziz, 34, mengakui bakal menanggung kerugian sekitar RM80,000 dengan kos pembelian baja sebanyak RM120,000, buah duriannya tidak dapat dijual dek kekangan situasi semasa.
Mungkin mereka perlu lebih kreatif dengan menyejuk beku ulas durian dan dihantar ke Lembah Klang yang mempunyai permintaan tinggi.
Dalam situasi sekarang perniagaan di dalam talian adalah penyelesaiannya dan tidak lagi mengharapkan peraih.
Mungkin mereka perlu belajar kaedah pembungkusan dan pembekuan daripada pihak berkenaan, serta mendalami ilmu perniagaan secara dalam talian.
Tidak rugi untuk berbelanja untuk teknologi dan pengetahuan baharu, kerana pandemik Covid-19 akan mengambil masa lebih lama untuk ditangani.
Moga para peniaga bijak mencari solusi dan pengguna pula bijak memilih harga yang berpatutan. SM
P. Pinang durian berlambakan, Lembah Klang durian harga Yahudi
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Resepi Seri Muka Durian Lembut Bergedik
You must be logged in to post a comment.