UMNO bukan setakat tegur, berhak tarik diri dari PN

Umno bukan saja berhak menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) malah boleh menarik diri daripada kerajaan, kata Naib Presiden Umno, Khaled Nordin.

Jelasnya, Umno sebagai parti terbesar yang membentuk gabungan PN mempunyai hak dan tugas untuk memastikan pemimpinnya melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Umno mempunyai hak, tugas dan tanggungjawab moral memastikan pemimpinnya dalam PN dan PN secara umumnya melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Bukan sekadar menegur, Umno berhak menarik diri jika keadaan tidak menjadi lebih baik.

“Kita tidak boleh membudayakan sikap berdiam diri atas mana-mana tindakan yang tidak bermanfaat hanya kerana yang melakukannya itu adalah daripada kalangan kita.

“Umno tidak boleh bersikap demikian kerana seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Umno membentuk kerajaan bersama Bersatu, PAS, GPS dan parti dari Sabah pada Mac tahun lalu selepas kejatuhan keeajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun hubungan Umno dengan Bersatu tegang dan ibarat retak menungguh belah.

MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) April lalu, Umno membuat keputusan menamatkan kerjasama parti itu dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu Khaled menegaskan, Rasulullah SAW mengajar supaya umatnya berkata benar sekali pun pahit.

Katanya, konteks berkata benar termasuklah menegur dan membetulkan mereka daripada kalangan pasukan atau ahli sendiri.

Jelasnya fokus Umno adalah kepada rakyat dan negara, maka sesiapa sahaja yang melakukan tindakan yang tidak mendatangkan manfaat terbaik kepada negara akan terus ditegur dan dikritik, malah ditentang.

“Justeru Umno akan terus menegur dan tidak boleh membisu kerana semua itu adalah untuk kebaikan bersama.

“Setiap kali ada mana-mana pemimpin Umno mengkritik kerajaan PN, akan ada satu respon wajib yang mesti terbit.

“Mengapa perlu kritik PN? Bukankah Umno juga dalam kerajaan? Tak ada group WhatsApp kah,” katanya lagi.

Virus Hingga di Everest

UMNO bukan setakat tegur, berhak tarik diri dari PN


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Vaksin COVID-19: Ganjaran RM10000 menanti DUN dengan peratus pendaftaran tertinggi – Rosol

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker