1,022 sekolah daif Sarawak akan dinaik taraf – Ismail

1,022 sekolah daif Sarawak akan dinaik taraf – Ismail

Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya tidak akan berkompromi dalam hal pendidikan terutamanya bagi memberi keselesaan kepada pelajar.



“Apabila saya mendengar taklimat pembangunan Sarawak, saya dimaklumkan tentang rumah guru dan sekolah daif di Sarawak. Saya panggil Menteri Kewangan minta pastikan isu itu diselesaikan segera.

“Kita (kerajaan) akan sediakan peruntukan besar untuk pastikan sekolah daif itu dapat kita naik taraf, dibaik pulih atau dibina baru… di seluruh Sarawak,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg di sini malam ini.

Sementara itu, mengenai pembangunan di Sarawak, Ismail Sabri berkata Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi tumpuan kepada negeri itu.



Sebagai contoh, katanya, program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan memastikan semua kawasan luar bandar mendapat capaian Internet tanpa gangguan.

“Kita tidak mahu seperti berlaku di Sabah sebelum ini di mana ada yang kena naik pokok untuk dapat Internet. Jadi kita bagi peruntukan besar supaya capaian 5G dapat dicapai di Sabah dan Sarawak,” katanya. FMT

1,022 sekolah daif Sarawak akan dinaik taraf – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker