MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

 

MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

Seorang Pengguna FB memuat naik satu status lewat malam tadi yang mendakwa dengan jelas beliau melihat MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersama 2 orang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina yang didakwa sebagai seorang Salesman kereta sedang menaiki kereta Ford Raptor test drive.

Melalui catatan beliau juga kejadian dikatakan berlaku pada hari Sabtu 5 Jun 2021 sekitar jam 6.30 petang di Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY.

Menyedari kejadian itu dilakukan sewaktu seluruh negara dalam suasana total ‘LOCKDOWN’ beliau dengan berani telah turun dari kereta nak menegur Salesman cina tersebut dengan suara yang lantang sehingga menyebabkan MB Kedah dan rakannya terus beredar meninggal showroom tersebut.

Berikut kami lampiran catatan pengguna FB berkenaan :

MB Kedah Didakwa Langgar SOP, 'Test Drive' Ford Ranger Raptor

Saya ada soalan!
Saya ada kemuyskilan!
Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Lokasi: Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY

  • Jam: 6.30ptg
  • Tarikh: 5 Jun 2021
  • Hari: Sabtu
Sebaik sahaja saya dan suami parked kereta di tempat letak kereta kedai eco rm2(sebelah lokasi kejadian), sebelum turun dari kereta, Saya perasan kelibat seseorang yang amat familiar. Saya dan suami mengesahkan itu adalah MB KEDAH.
Beliau bersama 2 org lelaki melayu dan seorang lelaki berbangsa Cina (SALESMAN FORD) sedang menaiki kereta Ford Raptor biru. Agak terkesima menyedari skrg PKP, tiada test drive dibenarkan! Cuba memujuk hati, mungkin itu kereta baru beliau.
Mungkin hari penyerahan kereta. Tetapi sebaik sahaja memeriksa kawasan showroom, kami noticed bahawa kereta tersebut adalah kereta TEST DRIVE(dgn stiker sime darby)!!! pasti!

MULA tertanya-tanya!

Eh boleh kah test drive?
Beli kereta dari Kedah sampai Penang ka?
Dengan hati yg berkecamuk, kami setia menanti dlm kereta, dalam masa yg sama, kami turun utk memastikan yg kami tidak silap org. Selepas lebih kurang 10minit, kereta test drive tersebut tiba kembali.. Mereka semua turun, seperti ada perbincangan.. Dan mungkin ada niat utk meneruskan test drive atau view kereta ford test drive yang kedua (warna putih).
Menyedari akan hal itu, saya turun dan terus tegur salesman tersebut..
Salesman tersebut, berada dekat dgn saya, manakala MB dan 2 org lelaki td di sebelah bertentangan sedang buka pintu kereta kedua..
Saya: BRO, SHOWROOM ADA BUKA KA??!
salesman: Oh tak, ini tengok2 saja!
Saya: Mcmna boleh tengok, skrg PKP! saya nampak u all test drive jugak!
Salesman: no no no
Saya: apa no! Saya nampak u all test drive, SOP larang showroom buka, test drive juga salah..

Tanpa saya sedar, MB dan 2 lelaki beredar menaiki vellfire mereka..hilang dari pandangan!!!

Saya tetap d situ persoalkan SOP!
Salesman td hanya jawab:
Susah la ini macam saya mau cari makan…
Saya cuma kata, u buat ini salah! Semua showroom skrg tutup.. Ini macam you all ada scan my sejahtera ka?
Dia geleng kepala lari masuk showroom!
Soalan saya!!!
Boleh ka macam ni?
Apa ni?
Salesman susah kita paham nak cari makan, tapi ini SOP
Mcm ni ka yg di panggil kayangan?
Kalau tadi you all buat atas urusan rasmi dan ada kebenaran kenapa tadi tak nyatakan pada saya????
SOP satu kereta 2 org!!!!!!!
Tadi semua 3 orang masa test drive!
Vellfire MB pun 3 org tak tau dari mana atas urusan apa!
Yang pasti tadi mereka sedang view kereta siap test drive!!
Jelaskan lah pada saya, supaya saya faham!
Yg berkenaan tolong jawab, adakah ini dibenarkan ?
Jika ya, atas sebab apa????

FB: Nini Siron

Kami ingin mencadangkan agar pengguna FB berkenaan buat laporan polis atas kejadian tersebut agar siasatan yang adil dan telus dapat dilakukan supaya Undang-Undang Negara dilihat adil kepada semua pihak samada melibatkan rakyat ataupun ‘Kluster Kayangan’

MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Raptor


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker