Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun serta menipu seorang pengawai polis.
Tertuduh, Rasul Jiwang, 59, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada awal Februari 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh turut berdepan dengan pertuduhan menipu seorang pegawai polis dengan menyamar sebagai individu lain di lokasi sama, jam 10.40 malam, pada 30 mac 2019.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes, dan menjatuhkan hukuman. Awani
Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
Baca Artikel Menarik
- Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik
- [VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
- Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang
- Resepi bingka labu berkeju sedap
You must be logged in to post a comment.