Hanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara mereka

Hanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara merekaHanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara mereka

Kerajaan Bani Abbasiyah

Pada kurun kelapan hijrah, kerajaan Islam ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Sudah menjadi dasar kerajaan Islam pada waktu itu mengembangkan agama Islam ke seluruh dunia.

Pada suatu ketika, orang Islam telah memerangi musuh-musuh mereka di negara Samarkand (Uzbekistan). Ketika itu tentera Islam telah berjaya menguasai negara-negara yang berjiran dengan Samarkand.

Sewaktu peperangan berlaku, umat Islam masih tidak dapat lagi menembusi benteng-benteng para musuh kerana yang menjadi penghalang adalah tentera-tentera yang berdiri di sepanjang pintu dan dinding kota.

Tiada sesiapa yang dibenarkan untuk keluar dan masuk. Rentetan itu peperangan berlarutan hingga menjadi satu waktu yang panjang.

Keadaan ini jelas merunsingkan panglima tentera muslim. Salah seorang dari panglima di situ cuba melakukan sesuatu dengan mengumpulkan semua tentera mereka, dan berteriak dengan penuh semangat.

“Adakah sesiapa di kalangan kita yang tidak menunaikan solat?”

Mereka semua menjawab,

“Tidak!”

Berteriak kembali sang panglima,

“Adakah sesiapa di kalangan kita yang ada meninggalkan satu daripada sunnah Baginda s.a.w.?”

Terlupa dengan sunnah

Semua terdiam membungkam diri. Setelah befikir sejenak dan mereka bertanya sesama sendiri, barulah mereka sedar bahawa sepanjang berperang, mereka terlupa dengan sunnah Baginda s.a.w. iaitu bersiwak ketika mengambil wuduk dan solat.

Hanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara mereka
Siwak antara sunnah yang diamalkan Baginda s.a.w. setiap kali berwuduk

Segera mereka memanjat pohon-pohon kurma dan beberapa pohon kayu berhampiran untuk mengambil kayu yang sesuai untuk bersiwak.

Selepas itu muazzin terus melaungkan azan dan semua tentera bersedia untuk menunaikan solat. Pada ketika itu jugalah seorang musuh (mata-mata) telah menyelinap masuk ke dalam khemah tentera Islam untuk mengintip pergerakan tentera Islam dan mendapatkan maklumat.

Hatinya menjadi gerun

Ketika pengintip tersebut melihat orang Islam sedang bersedia menunaikan solat, tiba-tiba hatinya menjadi gerun dan menggigil ketakutan. Segera dia berlari kepada kaumnya untuk menyampaikan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Kata pengintip, “sesungguhnya musuh-musuh kita bukanlah sembarangan manusia. Aku lihat orang Islam sedang mengasah gigi-gigi mereka dengan kayu untuk makan kita seorang demi seorang. Bersedialah kita semua untuk diratah-ratah oleh mereka.”

Sebenarnya, pada anggapannya perbuatan siwak yang dilakukan oleh tentera-tentera Islam itu seperti mengasah sesuatu. Dan dia juga juga menganggap orang Islam ialah kaum yang memakan daging manusia.

Mendengar penerangan dari pengintip mereka, serta merta kaumnya juga menjadi gerun lalu mereka perlahan-lahan berundur serta merta dari medan perang.

Hanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara mereka
Umat Islam berjaya memenangi peperangan menawan negara musuh hanya dengan bersiwak

Mengetahui akan hal itu, maka orang Islam pun mula mara dengan penuh semangat dan akhirnya berjaya menawan negara tersebut dengan cepat dan mudah.

Apabila berjaya menguasai negara tersebut, orang-orang Islam pun bertanya pada salah seorang tawanan mengapa kami dengan mudah dapat menawan negara mereka. Apabila diberitahu jawapannya, maka berderailah tawa tentera muslim.

Tahulah mereka bahawa sunnah itu bermanfaat kepada manusia, bukan sahaja pada ketika ingin menghadap Allah pada setiap waktu. Sesungguhnya kebaikan itu sentiasa bersama orang yang melazimi sunnah Nabi s.a.w. Bukankah Baginda s.a.w. ada mengatakan,

“Kalaulah tidak menjadi beban kepada umatku, sudah tentu aku wajibkan mereka bersiwak setiap kali solat.” HR Bukhari

 

Abdul Wahab Md. Ali
(Pernah diterbitkan di Majalah Anis)

Hanya dengan BERSIWAK, tentera muslim berjaya menggerunkan musuh dan menawan negara mereka


Baca Artikel Menarik


Sebelum disyariatkan Aidilfitri dan AidilAdha, umat Islam merayakan Marhojan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker