Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang. Dikemaskini Pada 6 hb Jun 2021.

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin lahir pada 22 Disember 1993. Daiyan Trisha merupakan seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Malaysia. Mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee, dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018). Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk “Cinta Suka Sayang Kamu“, “Kita Manusia” dan “If I“.

Kehidupan awal

Daiyan Trisha dilahirkan pada 22 Disember 1993 di Bangi, Selangor. Beliau ialah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Samsiah Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal dan Mohd Nasaruddin. Daiyan pernah bekerja sebagai pelayan restoran dalam tempoh jangka pendek semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Kehidupan peribadi

Daiyan mendedahkan dalam satu temubual pada Oktober 2017 bahawa beliau pernah berdepan dengan kemurungan dan pelbagai masalah berkaitan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga gagal mencari jalan penyelesaian dan tempat untuk mengadu. Beliau memetik penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift sebagai idola dan pengaruhnya dalam bidang muzik.

Pada Mac 2019, Daiyan mengumumkan dalam satu klip video di akaun Instagram miliknya bahawa impiannya untuk memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun tercapai.

Beliau berkongsi dalam satu rakaman video di YouTube bahawa beliau telah menghadiahkan kereta Mercedes-Benz untuk ibu bapa sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya pada November 2020.

Kerjaya

Daiyan mula memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran di YouTube pada usia 16 tahun. Empat tahun kemudian, iaitu pada 2013, beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air ketika berusia 20 tahun.

Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee yang bersiaran di Astro Ceria. Telefilem ini turut menghasilkan sebuah siri TV bertajuk sama yang disiarkan pada 2015.

Pada tahun yang sama, Daiyan memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama, “Kerana Kau”, ia kemudian diikuti oleh single kedua, “Cinta Suka Sayang Kamu” (2014) menampilkan duet bersama juara Akademi Fantasia musim ke-10, Faizul Sany.

Daiyan ditemuramah oleh MeleTOP di majlis tayangan perdana filem Cinderella pada 17 Mac 2015.

Pada tahun 2015, beliau telah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk kecantikan Fair & Lovely. Pada tahun yang sama juga, beliau bersama Marsha Londoh dipilih sebagai Puteri Disney.

Kerjaya filem beliau bermula menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak (2015) arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo. Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy menerusi lagu “Kita”.

Dalam tahun 2017, beliau melancarkan dua lagu single serentak, iaitu “Boy In My Dream” dan “Kita Manusia”. Dari November tahun yang sama sehingga Januari 2018, Daiyan menjayakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, yang diadaptasi dari drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Filem kedua beliau, Busker (2018) yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikail ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-30 bagi persembahannya dalam filem ini.

Daiyan menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin.

Dengan memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen.[23] Beliau seterusnya melancarkan lagu “Brutal” yang mana muzik videonya telah difilemkan di Los Angeles, California, A.S.

Beliau telah diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema siri TV Disney Channel, Wizards of Warna Walk yang bertajuk “There’s Magic Here”.

Daiyan kemudian muncul dengan lagu “I Wanna See Ya” pada Oktober 2019, lagu ini ialah hasil nukilan bersama Daiyan dan Juan Ariza.[25][26] Beliau mengadakan konsert jelajah Asia Tenggara bersama penghibur kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019.

Daiyan menerbitkan album studio pertamanya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, dikeluarkan pada November 2019.[29] Pada Julai 2020, beliau muncul dengan single terbaharu, “On My Way”.

Kemudian pada Oktober 2020, Daiyan muncul dengan lagu bertajuk “Cahaya”, yang diterbitkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama penjagaan kulit Hada Labo.

Daiyan juga menceburi bidang pengacaraan, dengan mengacararakan rancangan Renovate yang bersiaran di Naura HD. Selain itu, beliau juga muncul dalam drama pendidikan Projek: Anchor SPM yang berkisarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar 2000. Drama arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Aedy Ashraf dan Shasha Abedul.

Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Aaidaa. Pada Mac 2021, Daiyan bersama Alif Satar menjadi pengacara baharu Muzik Muzik.

Biodata Artis Daiyan Trisha

Daiyan Trisha
Daiyan ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 13 Mei 2015.
Kelahiran
Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin

22 Disember 1993 (umur 27)

Bangi, Selangor, Malaysia
Pendidikan Perakaunan dan Perniagaan
Pusat pendidikan
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, model
Tahun aktif 2013–kini
Ketinggian 1.61 m (5 ka ​3 38 in)
Kerjaya muzik
Genre
  • Pop
  • R&B
  • balada
Instrumen Vokal
Pengkarya berkait
  • Faizul Sany
  • Calvin Jeremy
  • Naim Daniel
  • Sam Tsui
  • An Honest Mistake
  • MFMF
Laman sesawang
www.daiyantrisha.com

FOTO

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Daiyan Trisha. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel MenariK

Layari Laman Facebook My News Online


Biodata Artis Nur Risteena Munim. Profail dan Latar Belakang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker