Mira Filzah Terima Vaksin Astrazeneca – Dos Pertama [VIDEO]

Mira Filzah Terima Vaksin Astrazeneca - Dos Pertama

Mira Filzah Terima Vaksin Astrazeneca – Dos Pertama

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon dan pengacara Mira Filzah telah memaklumkan dia telah selamat menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada Sabtu.

Di samping berkongsi situasi saat mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin berjalan dengan lancar serta efisyen. Mira turut berkongsi prosedur pengambilan vaksin.

“Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam! Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 1135 A.M++ macam tu, habis nak dekat jam 1 P.M juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,”- tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji perkongsian pelakon Sweet Dreams ini: “Baguih kak mira ni gi vacc takda potong potong queue apa semua mcm vvip beratur mcm rakyat biasa ja. Contoh teladan yg baik utk artist lain” – “sakit tak cucuk jarum?” – “curlas ko nyeh xla feeling kayangan,” demikian antara komen-komen netizen.

Mira Filzah Terima Vaksin Astrazeneca - Dos Pertama

Mira Filzah Terima Vaksin Astrazeneca – Dos Pertama


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Wajik Lembut Lemak Manis Secukup Rasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker