Kerap tukar giliran kerja, operator kilang dilibas parang rakan sekerja
Kerap tukar giliran kerja, operator kilang dilibas parang rakan sekerja
Gara-gara berselisih faham mengenai giliran kerja, seorang operator kilang cedera di tangan selepas dilibas dengan parang oleh rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang racun serangga di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 7 malam itu, suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa kerap menukar giliran kerja.
Katanya, suspek berjaya di tahan di rumahnya di Kampung Perigi Nenas, kira-kira 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, suspek lelaki tempatan berusia 25 tahun itu baru sebulan bekerja di kilang terbabit.
“Ketika berlaku perselisihan faham, suspek mengajak mangsa untuk bergaduh dan secara tiba-tiba mengeluarkan parang dari pinggangnya seterusnya melibas ke arah suspek.
“Mangsa kemudian bertindak menahan libasan itu dengan menggunakan tangan kanan dan mengalami kecederaan,” katanya, menurut laporan Harian Metro.
Shamsul berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. FMT
Kerap tukar giliran kerja, operator kilang dilibas parang rakan sekerja
Baca Artikel Menari
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
Layari Laman Facebook MYKMU NET
‘Dendam’ selalu kena buli: Lelaki bunuh rakan sekerja
You must be logged in to post a comment.